Pengikut Beta...

Assalamualaikum...selamat datang ke blog fiq...semoga anda semua mendapat manfaat serta informasi yang terkini...semuanya benar-benar belaka...terima kasih...

Thursday 31 January 2013

Segmen: Ikhlas Sesama Blogger...

Assalamualaikum....
Hari ni Fiq nak buat satu segmen untuk menambah Follower untuk blog masing-masing...tu jew...makin ramai follower,lebih bagus....hehehe...

Segmen ni ialah
"Segmen: Ikhlas Sesama Blogger"



Segmen ni ialah segmen yang paling ringkas dan senang untuk disertai... Maaf sebab memang xde hadiah yang disediakan...

Yang penting IKHLAS...

Begini syarat-syaratnya:
  • Korang wajib FOLLOW blog "APA APA AJE NUCLEUS".
  • Wajib LIKE my FB Fanpage "MY BLOGSPOT".
  • Sape2 yang ada TWITTER, bleh la Follow "TWITTER" saya.
  • Sila tinggalkan URL ANDA dalam ruangan "LINK EXCHANGE". (Korang bleh FOLLOW blogger lain dalam ruangan ini).
  • Buat SATU ENTRY yang bertajuk "Segmen: Ikhlas Sesama Blogger".
  • Tempek Banner kat atas tu kat Entry korang.
  • Copy dan Paste link entry korang dalam kotak komen dalam entry ini. Dekat tempat lain tidak diterima.
  • Sila POST kan Entry ini ke dalam Laman Sosial anda. (FACEBOOK, TWITTER, dll)
Mudah dan Senang...So Joinlah....tak rugi kalau menyertainya...
Apa2 pon terima kasih...

Senarai Group FB Blogger yang k0rg bleh post Entry ni (Group lain pon x kesah...It's OK):

Tuesday 29 January 2013

Segmen Mega 3000 Follower By Blog 3 Dalam 1

Assalamualaikum...



Mendapat 3000 Followers selama setahun..!!!

Apa 3000 Follower? Biar betul? Tipulah! 
Anda tidak percaya? Cuba lihat calculation di bawah ini 
1 Bulan = 30 Hari
x 1 Hari = 10 Follower
-------------------------
1 Bulan = 300 Follower
------------------------- 
Tengok baru 300 mana ada 3000 Follower? Tunggu sekejap mak cik, pakcik, atok, nenek B3D1 belum siap lagi. 
300 Follower X 12 Bulan = 3600 Follower 
Best kan ? So apa lagi yang anda tunggu? 

**Tips: Tambah 10 Follower sehari

Share link artikel anda di laman sosial facebook,twitter,myspace dll.
Ping Artikel anda di busuk,carimember, apesal dll...

Kenapa mesti join segmen ini?

1. Tidak perlu membuat artikel panjang lebar.
2. Free backlinks dari Blog 3 Dalam 1.
3. Hanya perlu share link.
4. Tambah Blog Trafik.
5. Tambah Rangkaian.
6. Upload gambar di atas ini.


Cepat Sebelum Terlambat...

Tuesday 22 January 2013

Jom Santai bersama Tuan Guru Nik Abdul Aziz...

Assalamualaikum...

Perhatian kepada semua penduduk yang berada berdekatan dengan kawasan Kepala Batas, Pulau Pinang bahawa ada Program Jom Santai bersama Tuan Guru Nik Abdul Azik Nik Mat pada:


  • Tarikh   : 27 Januari 2013 (Ahad)
  • Pukul    : 9.30 pagi
  • Tempat : Dewan MPSP Kompleks Sukan Bertam


Orang ramai dijemput hadir bagi bersama-sama menjayakannya...



Sunday 20 January 2013

Filem Terbaru Mamat Khalid 2012 (Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit)...

Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit adalah sebuah filem terbaru arahan Mamat Khalid yang bakal ditayangkan pada penghujung tahun ini ataupun awal tahun 2012. Daripada sumber, filem ini adalah kesinambungan daripada filem Zombie Kg. Pisang kerana watak Mon yang dipegang Ezlynn muncul kembali.


Antara barisan pelakon lain yang bakal membintangi filem ini ialah Awie, Ezlynn, Rashidi Ishak, Azwan, PakJabit dan Usop Wilcha yang sedang popular sekarang ni. Masih mengekalkan genre komedi seram, filem ini dijangka bakal meletup lagi. Tunggu je la ye. Jom tengok trailer dulu.





Ayat Cinta Kepada Kekasih...


Biarpun ayat-ayat cinta itu sudah tua, rapuh, luluh dan lusuh,
Cinta itu tetap Segar Mekar dan Semakin Dalam,
Cinta itu yang Kau beri,
Cinta itu dengan Hati, Sanubari, Rohani & Jasmani,

Dengan Cinta Datangnya Sabar,
Orang Bercinta tiada Gusar,
Apa berlaku hanyalah Mata Kasar,
Mata hati tetap berkobar-kobar.

Dengan Cinta tiada Was-Was,
Apa dibuat biarlah berbalas atau tidak berbalas,
Waktu bersua, diri sentiasa kemas,
Wangian harum, percikannya ikhlas.

Dengan Cinta Sentiasa Mahu Berhubung,
Juga Rasa Mahu Bersama,
Harapan tinggi sampai ke penghujung,
Selepas Nyawa bertemu di Syurga

Dengan Cinta datang pengorbanan,
sentiasa hidup dalam bantuan,
Sungguh indah Hidup Bertuhan,
Kerana Allah, Cintaku murnikan.

Lembaran Cinta tanda kekuasaan,
Sentiasa ada sepanjang Zaman,
Melalui Kekasih Dia Sampaikan,
Buat pedoman cinta sepanjang Jalan.

Dengan Cinta penuh Pengharapan,
Takutnya hilang cinta dari Tuhan,
Sentiasa Diri dalam Persiapan,
Sampai waktu, akan disemadikan.

Ya Allah! Aku minta kepada Engkau semua kebaikan masa kini dan akan datang samada yang aku ketahui atau tidak dan tahu dan aku berlindung kepada Engkau dari semua kejahatan yang masa kini dan akan datang samada yang aku tahu atau tidak.

Doa itu adalah Ayat-Ayat Cinta kita Kepada Pencipta, Allah Swt. Semoga Cinta Kita Terus Mekar Mewangi.


قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ اللّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

"Katakanlah (Wahai Muhammad): Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
(Surah Ali-Imran 3: Ayat ke 31)




Sunday 13 January 2013

HKR #KL112...

Assalamualaikum...

Kelmarin saya pergi ke Stadium Merdeka...
memang ramai orang yang datang dengan tanggungan sendiri,datang tanpa dibayar apa-apa pun..
Pada mulanya memang sedikit bilangannya disebabkan program belum bermula lagi,bila nak dekat dalam pukul 2 petang, padang rumput langsung tak nampak,yang ada hanyalah selautan rakyat yang datang dengan usaha keringat sendiri,datang dengan kemanisan bersaudara dan datang dengan harapan yang menggunung supaya mendapat pemimpin yang benar-benar layak untuk mentadbir negara kelak...










HKR #KL112



Monday 7 January 2013

Ribut Tropika Sonamu akan melanda MALAYSIA ...



ALERT !!!! ALERT!!!...ALERT!!!...Ribut Tropika Sonamu akan melanda MALAYSIA terutama PANTAI TIMUR...Ia dijangka pada 8 JAN (SELASA)...


Nasihat Ribut Tropika
Di keluarkan pada 08:52PM 06 Januari 2013

Peringkat : Ribut Tropika (SONAMU).
Masa Pencerapan : 8:00 malam, 6 Januari 2013.

Kedudukan : Latitud 7.5 Utara; Longitud 109.3 Timur; kira-kira 472 km ke Tenggara Ho Chi Minh City, Vietnam.

Pergerakan : Ke arah Barat dengan perlahan.

Jarak dari Bandar terdekat : Kira-kira 718 km ke Timur Laut Dungun, Terengganu.

Kesan terhadap Malaysia : Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di perairan Laut China Selatan.


Sunday 6 January 2013

Perjuangan Leman Raja Lawak...


SEBERANG JAYA: Leman Raja Lawak atau nama sebenarnya Sulaiman Ibrahim (gambar)bertekad menjadi pekerja sepenuh masa untuk jatuhkan Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya Umum akan datang.


"Sekarang bukan masa untuk kita berpeluk tubuh, tetapi masa untuk perubahan kerana sikap dan kezaliman yang keterlaluan semua kepimpinan kerajaan.

"Sekarang saya tidak lagi berlakun sebaliknya bekerja untuk memastikan Umno dan BN tersungkur. Itu kerja saya hari ini. Sapa tanya pun saya akan jawab benda yang sama," terangnya ketika ditemui di program Perhimpunan Impian Rakyat di Tapak Ekspo Seberang Jaya semalam.

Sudah sampai masanya kata Leman, PAS perlu kuatkan semua saf dan jentera parti kerana suasana pilihanraya umum sudah dekat.

Isu yang dimainkan oleh kepimpinan BN sekarang semuanya memakan diri sendiri ekoran parti dalam Pakatan Rakyat tidak mudah latah.

"Itulah yang memeningkan kepala Perdana Menteri, Datuk Seri Najib sebab apa yang dinantiya tidak menjadi, " katanya lagi.

100 ahli PBS sertai KEADILAN...


Akibat tidak yakin lagi dengan Umno BN, mengakibatkan 100 anggota Parti Bersatu Sabah (PBS) kawasan Tenom menyertai KEADILAN.

Kumpulan itu yang tidak berpuas hati dengan sikap tidak mengambil tahu kebajikan rakyat merupakan titik penolakan Umno di kawasan tersebut.

Menurut Ketua KEADILAN Cabang Tenom, Datuk Halik Zaman, penduduk yang menyertai KEADILAN itu tidak lagi takut dengan ugutan Umno kerana menyertai Pakatan Rakyat (PR).

” Wakil rakyat BN selama ini tidak mengendahkan mereka yang selama ini mengundi mereka, sebaliknya hanya mementingkan kroni-kroni dan kaum kerabat masing-masing. Rakyat tidak di pandang sebelah mata.

“Rakyat kampung hanya akan “dipandang” apabila tiba musim pilihan raya sahaja. Masa inilah baru kita nampak wakil-wakil rakyat BN mengunjungi penduduk-penduduk kampung, memperlihatkan dan “memperdagangkan keperihatinan” mereka kepada penduduk kampung,” katanya pada kenyataan.

Program 100 Hari Pakatan Rakyat...

Klik Sini Untuk Paparan Yang Lebih Jelas

Pakatan Rakyat akan melaksanakan reformasi menyeluruh dalam semua aspek pengurusan negara, ekonomi, pendidikan dan sebagainya berdasarkan prinsip yang digariskan di dalam Dasar Bersama.

Sebagai permulaan kepada reformasi tersebut, dalam 100 hari kami mendapat mandat rakyat, kami akan melaksanakan program berikut:

1. Mereformasikan insititusi-institusi penting negara seperti SPR, SPRM, Pejabat Peguam Negara dan PDRM untuk mengembalikan kewibawaan kepada sistem pentadbiran kerajaan.

2. Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

3. Mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol.

4. Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta (seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana bebas) dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat.

5. Mengiktiraf peranan dan jasa kakitangan awam dengan mengkaji semula struktur gaji bermula dengan menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang guru sebagai penghargaan guru pendidik bangsa.

6. Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan.

7. Menyediakan perkhidmatan internet Wi-Fi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar.

8. Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.

9. Menaikkan royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan kepada 20%.

10. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah.

Penduduk desak Mufti Johor hentikan kerja pemindahan kubur Islam di Pengerang...


Kerja-kerja penggalian dijalankan termasuk ke atas kawasan kubur yang berwaris


Majlis amanat Mufti Negeri Johor sempena projek penyediaan tapak dan kerja-kerja pengalihan kubur-kubur Islam untuk pembangunan hub minyak dan gas (RAPID) kawasan Pengerang telah diadakan di kampung Teluk Empang pada jam 2.30 petang tadi.

Kehadiran Mufti negeri Johor amat dinanti-nantikan oleh sebilangan besar penduduk bagi mendapatkan penjelasan penuh terhadap kecuaian yang telah di lakukan oleh pihak Perbadanan Islam Johor dan kontraktor yang di lantik.

Semasa di dalam ucapan taklimat oleh Pengurus Besar Perbadanan Islam Johor (PIJ) Tuan Haji Rashid, beliau memberitahu bahawa kerja-kerja pemindahan kubur islam tidak berwaris telah dilakukan secara sempurna dan mengikuti hukum syarak serta fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti.

Beliau menambah bahawa sebagai pelaksana yang bertanggung jawab, beliau telah dan sentiasa mematuhi ketetapan serta mendapat tunjuk ajar dari pihak mufti sendiri.

Haji Hasnul Bin Ahmad, anak jati kelahiran Pengerang telah mendedahkan perkara sebenar akan kejadian dimana berlaku banyak kecuaian yang dilakukan oleh pihak Perbadanan Islam Johor (PIJ) selaku agensi pelaksana projek pemindahan kubur islam semasa menggali perkuburan islam tanpa waris di kampong jawa dan di kampong sebong.

Beliau mendedahkan bahawa, pelaksana dengan secara sengaja tidak menghormati jenazah dengan melakukan pengurusan lebih teruk dan buruk. Nilai etika kemanusiaan telah hilang dan taraf jenazah islam lebih rendah dari haiwan peliharaan.

Beliau memberitahu bahawa syarat yang telah di tetapkan Mufti negeri Johor tidak tepati oleh pelaksana. Pengkebumian mayat-mayat yang digali sama keperluan dan peraturan bagi mengebumikan jenazah yang baru meninggal dunia.

Beliau menambah adalah menjadi tanggungjawab semua pihak memastikan tertibnya proses pemindahan kerana ianya adalah fardu kifayah buat semua umat islam.

Mufti Negeri Johor, Datuk Tahrir di dalam ucapannya menggariskan panduan-panduan dan peraturan khusus bagi melaksanakan kerja-kerja pengalihan kubur-kubur islam. Beliau telah meminta pihak pelaksana (PIJ) dan kontraktor yang di lantik agar memastikan semua syarat-syarat dipatuhi.Beliau menggesa agar Mufti Johor memberhentikan serta-merta kerja-kerja penggalian semula perkuburan Islam samada perkuburan yang berwaris atau tidak berwaris.

Disamping itu beliau telah meminta pihak pelaksana (PIJ) agar membina perparitan di kawasan perkuburan baru di kampong Punggai di sebabkan perkuburan baru tersebut becak dan air bertakung.

Pihak pelaksana juga di minta agar membina pagar di perkuburan baru agar binatang liar tidak menceroboh dan manggali perkuburan. Kemudahan jalan masuk juga hendaklah di turap jalan tar. Kawasan perkuburan baru juga di minta agar di tanam dengan pokok-pokok dan lanskap setelah tinjauan di buat oleh beliau mendapati perkuburan tersebut ibarat padang jarak padang terkukur.

Sehubungan dengan insiden yang berlaku, Mufti Johor akan memastikan kerja-kerja pemindahan kubur di tangguhkan sehingga segala permasalahan selesai. Beliau telah memohon maaf secara terbuka kepada penduduk islam di Pengerang dan terhadap kecuaian yang telah berlaku hingga menyebabkan kemarahan penduduk.

Kept Husnol Ahmad
Naib Pengerusi Gabungan NGO Pengerang

Kuasai media amalan negara diktator- Kadir...



(Oleh: Sidiqin Omar)
JOHOR 5 Jan: Sekatan maklumat dan penguasaan terhadap media arus perdana adalah amalan negara diktator, kata bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir.

Beliau berkata, negara demokrasi seharusnya mengamal kebebasan, sebaliknya berlaku di negara ini apabila media dikawal sepenuhnya Umno- BN.

Beliau merujuk isu Amanat Haji Hadi yang dimanipulasi hampir sebulan di akhbar dan televisyen tanpa memberi ruang kepada Presiden Pas itu memberi penjelasan.

“Bila (Haji Hadi) nak jawab, minta sejam pun tak nak bagi, nak tapis. Mana boleh tapis. Nama sahaja demokrasi, tapi diktator!,” tegas Kadir pada ceramah Jelajah Anak Muda ke Himpunan #KL112 di padang Flat PPR Kempas, Johor malam tadi.

“Kalau kita tengok TV sekarang, ia telah jadi alat propaganda paling rendah yang memperbodoh dan menghina rakyat Malaysia,” katanya .

Beliau berkata, tidak cukup dengan itu, akhbar milik parti dalam Pakatan Rakyat turut dikawal apabila ia dihadkan kepada ahli sahaja.

Kadir, antara menteri dalam kerajaan yang pernah menganjurkan program ‘Debat Perdana di RTM pada 2004 hingga 2006. Program tersebut menghimpunkan ahli parlimen berdebat selama sejam dan disiar secara langsung di seluruh negara.

Menurut Kadir, jabatan-jabatan kerajaan perlu bersikap neutral tanpa mempergunakan jentera untuk berkempen bagi sebelah pihak.

“Tapi kita tengok sekarang, semua diperguna, Kemas (Jabatan Kemajuan Masyarakat), Felda, Felcra, Jasa, JPM, cawangan khas, unit ATM, semuanya,” tegas Kadir.

Justeru beliau memberi komitmen untuk bersama sejuta rakyat dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka 12 Januari depan.

“Kita kena selamarkan negara kita. Kita kena ingat kembali perjuangan bapa-bapa kemerdekaan kita. Maka, saya sendiri akan turut bersama saudara semua di Himpunan Kebangkitan Rakyat,” kata Kadir disambut laungan takbir hadirin.

Pemalsuan harga saham FGVH oleh kerajaan merbahaya...










Adalah bahaya kerajaan memanipulasi harga saham Felda Global Ventures Holdings (FGV) yang sebenarnya bernilai rendah tetapi menyuntik dana institusi seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk menunjukkan harga yang lebih tinggi tetapi palsu.

Sudah banyak contoh betapa harga saham yang bukan membayangkan harga pasaran sebenar akan memperjudikan nasib para pelabur kecil kerana terpedaya dengan kenaikan yang diperbuat tersebut.

Dengan melakukan tindakan ini bermakna kerajaan terlibat dalam kegiatan spekulasi pasaran saham yang amat bahaya bukan sahaja kepada pelabur tetapi juga kepada ekonomi Negara .

Kerajaan ini akan menjadi kerajaan yang tidak bertanggungjawab kepada pasaran modal dengan memalsukan aliran pasaran sebenar .

Teras Pengupayaan Melayu (Teras) kesal bila analisis bebas menunjukkan harga sebenar saham FGV adalah RM3.50 seunit , sedangkan RM4.62 adalah harga kerana campurtangan dalam bentuk pembelian oleh KWSP, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) dan institusi-institusi lain.

Jika ini berlaku FGV bagaikan menjadi saham kasino yang diperjudikan di bursa saham , melonjakkan harga saham secara palsu, memancing pelabur, dan kemudian membiarkan ia jatuh merudum bila sampai masanya pelabur hendak menjual saham.

Paling malang ialah pelabur di kalangan peneroka Felda sendiri. Mereka diberi pinjaman untuk membeli saham dan akhirnya terjebak dengan hutang untuk dibayar dengan bebanan yang amat berat.

Lain pula di kalangan pelabur besar seperti pengerusi FGV dan lembaga pengarahnya yang mendapat saham dan menjualnya awal untuk mendapat keuntungan .

Kini dengan harga minyak sawit mentah yang telah susut 23 peratus daripada RM3,225 setan metrik kepada RM2,477 setan metrik, manakala gred harga tawaran getah beku gred SMR CV jatuh 12 peratus daripada RM10.87 sekilogram kepada RM9.61 sekilogram , kerajaan tidak mungkin dapat bertahan dengan memaksa institusi-institusi terus menyuntik Dana bagi menaikkan harga saham komoditi itu di bursa saham.

Pasaran saham bagaikan nafas yang turun naik. Kenaikannya hanya boleh bertahan jika pasaran dunia wujud tren yang meningkat tetapi ketika sebaliknya bila pasaran dunia jatuh , bursa yang menyenaraikan industri berkenaan didalam papan perniagaannya akan pasti menjunam kerana pasaran domestik tidak cukup besar untuk bertahan dengan harga saham yang tinggi.


Mohd Azmi Abdul Hamid

Hanya 1 daripada 8 tuntutan Bersih ditunaikan...




KUALA LUMPUR 6 April — Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menegaskan himpunan Bersih 3.0 perlu kerana hanya satu daripada lapan tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (Bersih) diluluskan dalam laporan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC).

Mohamad berkata tujuh tuntutan lain langsung tidak dimasukkan dalam laporan 22 cadangan yang diusulkan PSC.

“Ini kerana dari lapan tuntutan hanya satu ditunaikan iaitu celup jari (dakwat kekal).

“Yang lain langsung tidak dipedulikan bahkan daftar pemilih paling kotor,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Pas di Jalan Raja Laut semalam.

Selain dakwat kekal, Bersih turut menuntut SPR membersihkan daftar undi, mereformasikan undi pos, memberikan akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minima selama 21 hari, pemerkukuhkan institusi awam, menghentikan rasuah dan menghentikan politik kotor.

Selain memberi perbandingan jelas antara Malaysia dengan Myanmar, Mohamed berkata negara ketinggalan jauh dalam penambahbaikan sistem pilihan raya berbanding negara itu yang mengamalkan sistem pilihan raya yang bersih dan adil, seperti dilaporkan The Malaysian Insider.

Bersih pada 4 April lalu mengumumkan himpunan ketiga bagi menuntut pilihan raya bebas dan adil akan berlangsung 28 April ini di Dataran Merdeka.

Himpunan itu akan bermula jam 2 petang dijangka berlangsung serentak di beberapa lokasi lain dalam Malaysia dan juga seluruh dunia.

Ia juga adalah lanjutan daripada himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai tahun lalu dengan penglibatan puluhan ribu rakyat bagi menuntut lapan penambahbaikan dalam sistem pilihanraya.

PAS ucap takziah atas kematian Qazi Husein...



KUALA LUMPUR: Para pimpinan PAS mengucapkan takziah kepada Jamiat Islami Pakistan di atas kematian pemimpin ulung mereka, Sheikh Qazi Hussein Ahmed (gambar).


Qazi meninggal dunia hari ini akibat sakit jantung.

Qazi adalah bekas Amir Jamiat Islami dan mempunyai hubungan yang rapat dengan pimpinan PAS khasnya Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PAS.

Beliau pernah datang ke Malaysia beberapa kali sebagai tetamu PAS dan berjanji akan datang lagi ke Malaysia selepas tidak dapat menyertai muktamar PAS yang lalu di Kota Bharu.

Presiden PAS telah mengarahkan semua pimpinan dan ahli menunaikan solat ghaib untuk Allahyarham.

Beliau sendiri telah menghubungi pimpinan Jamiat untuk mengucapkan takziah atas pemergian Almarhum.

Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS, Datuk Kamarudin Jaffar bersama Dr Syed Azman dan Khalil Abdul Hadi bertemu Allahyarham di Islamabad dua bulan lalu.

Ketika itu beliau memohon maaf kerana tidak dapat menyertai muktamar PAS di Kota Bharu dan berjanji untuk datang ke Malaysia.

"Namun hasrat beliau tidak sampai," kata Kamarudin kepada Harakahdaily yang mengenal Qazi sejak beliau aktif di dalam Abim lagi.

Qazi dilahirkan pada tahun 1938 iaitu kira-kira 75 tahun lalu.

Penglibatannya dengan gerakan Islam bermula dibangku sekolah lagi apabila beliau menyertai Islami Jamiat-e-Talaba, Pakistan.

Allahyarham menjadi ahli Jamaat-e-Islami pada tahun 970 dan terpilih sebagai kekitangan pejabat Presiden di cawangan Peshawar. 

Beliau kemudian menjadi Setiausaha Jamaat-e-Islami dan kemudian Amir Khyber-Pakhtunkhwa province. 

Kemudian menjadi Setiausaha dan seterusnya Amir pada tahun 1987.

Allahyarham yang mempunyai Ijazah dalam bidang Geografi ini dipilih semula sebanyak empat kali sebagai Amir sehinggalah menolak untuk memegangnya lagi pada tahun 2008.

Isteri dalam pantang dibelasah suami cemburu...

Gambar Hiasan

6 Januari 2013

KANGAR - Seorang suami dilapor telah membelasah isterinya yang dalam pantang di rumah mereka di Kampong Repoh dekat sini awal pagi semalam, akibat cemburu.


Lelaki berumur 40 tahun itu bukan sahaja membelasah isterinya dengan lesung batu, kerusi dan bingkai gambar, malah membakar pakaian dan motosikal isterinya, yang baharu 40 hari melahirkan anak kedua mereka.

Ketua Polis Daerah Kangar, Supt Abdul Rahman Mohd Noordin berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 5 pagi.

Si suami dikatakan baharu pulang dari Kuala Lumpur dan dia kini direman selama empat hari.

Mangsa yang berumur 27 tahun kini dirawat di Hospital Tuanku Fauziah di sini.

Abdul Rahman berkata kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan serta Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan menggunakan api. - Bernama

Pengumuman Jawatankuasa Hari Kebangkitan Rakyat #KL112...

Semua yang akan turun sila ambil perhatian
untuk mengelakan kesesakan
sila jangan bawa kereta ke dalam kota kuala lumpur
sila jangan buat ganguan jalan
sila jangan jamkan jalan raya

perhimpunan ini dijalankan dengan aman
perhimpunan ini dijalankan dengan santai
suasana pesta
suasana bersama kaum keluarga

PANTAI TIMUR
- dari pantai timur
- dari kelantan
- terangganu
- dari pahang
ambil komuter ambil lrt
di wilayah gombak
berhenti di masjid jemek
dan bergerak dari sana ke stadium merdeka

PERLIS KEDAH PULAU PINANG PERAK
sila ambil komuter
di slim river
di tanjung malim
di rawang
dan kawasan-kawasan yang sama
berkumpul di masjid negara
dan bergerak ke stadium merdeka

NEGERI SEMBILAN
naik komuter dari seremban kajang bangi
cuba jangan bawa kereta ke dalam kota

SELANGOR - PJ KLANG SHAH ALAM
sila ambil komuter
sila ambil lrt berhenti di universiti
berhimpun di masjid universiti malaya
bergerak ke brickfeilds
warga aman sedang menungggu

MAHASISWA dan ANAK MUDA
berkumpul di masjid UM
bergerak bersama-sama menuju brickfeilds

HIMPUNAN HIJAU
berkumpul awal di KLCC

ROYALTI
berkumpul awal di KLCC

MUFAKAT
berkumpul di jalan sultan

SAMM
berkumpul di kelab sultan sulaiman


WARGA YANG LAIN
datang terus masuk ke stadium merdeka

NOTA
sila berkumpul lebih awal
dan mula bergerak ke stadium merdeka

NOTA
sila layari semua laman pro pakatan
para pemilik laman
para bloger anti united malays national orgnisation
sila sebarkan maklumat ini

#ANAK ANAK MUDA
yang bijak desin flyer
yang bijak dengan media baru
sila sibuk dan gempur alam siber
sila gempaq dengan #kl112
sila buat heboh...





Thursday 3 January 2013

Assalamulaikum...



Assalamualaikum...

Hai kawan-kawan...ni blog keTIGA Fiq buat...2 blog lg dh kena virus...huhuhu...sedih...

Blog yg Fiq hasilkan kali ni lain dri yang lain...byk informasi yg terkini dari dalam dan luar negara...bab2 agama,politik,ilmu,info2 dan mcm2 lg la yg ada...so....ENJOY!!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...