Pengikut Beta...

Assalamualaikum...selamat datang ke blog fiq...semoga anda semua mendapat manfaat serta informasi yang terkini...semuanya benar-benar belaka...terima kasih...

Saturday 27 April 2013

Sunnah Rasulullah S.A.W. dalam menunjuk guna jari.



Pertama sekali sama-sama kita mohon kepada Allah SWT supaya dijauhkan dari kesesatan, nauzu billahi min zalik. Adakah kita kini sedang mengikut sunnah Yahudi atau sunnah Nabi Muhammad SAW? Sudah tentu kita akan jawab ikut sunnah Rasulullah. Tapi dalam tidak sedar, sebenarnya banyak ajaran Yahudi yang menjadi amalan kita.

Sebelum ni tak pernah terbaca lagi pasal ni dan jauh sekali untuk ambil tahu sebab rasa ia macam agak kurang penting. Bila kita mahu tunjukkan sesuatu atau nak bagi tahu arah, kita akan kepal atau tutup kelima-lima jari kita sambil ibu jari menghala ke arah yang mahu ditunjukkan. Kita semua rasa perbuatan itu menggambarkan kesopanan berbanding menunjuk dengan menggunakan jari telunjuk.

Ada seorang kawan kat Facebook berkongsi satu gambar dari rakan beliau yang lain menerangkan pasal isu ini. Memang terkejut, mungkin anda semua pernah baca dan dah tahu. Tapi, saya ingin berkongsi juga supaya lebih ramai lagi tahu. Sejauh mana kebenaran fakta tersebut saya sendiri tak pasti, anda boleh tanya ustaz-ustaz untuk kepastian.

Sumber: Haffiz Yusuf


Assalamualaikum. Hari ini saya nak kongsikan kisah daripada ustaz saya. Kisahnya begini. Ketika ustaz berada di tingkatan 3 kalau tidak silap saya, dia bersekolah di sekolah maahad @ pondok. (saya tak berapa ingat). Pada ketika itu, kerajaan memberikan sumbangan buku yang banyak. Ustaz belek-beleklah buku yang ada di situ. Dalam leka membelek buku-buku yang ada di situ, ustaz terjumpa sebuah buku yang tajuknya lebih kurang ’20 amalan sunnah yang telah dilupakan’. Nampak menarik. Ustaz pun baca. Alangkah terkejutnya ustaz apabila buku itu mengatakan lambang A itu adalah sunnah Yahudi. Terus ustaz saya simpan soalan ini dalam otak untuk bertanyakan kepada mereka yang alim.

Ditakdirkan Allah, ustaz dapat menyambung pelajaran di Universiti Al-Azhar, Mesir. Pada malam itu, selepas habis pengajian daripada syeikh (saya tak ingat namanya siapa) di situ, ustaz mengambil peluang untuk bertanyakan soalan itu kepada syeikh yang mengajar tadi. Dilihat syeikh bersama Syeikh Yusuf Al-Qaradawi sedang duduk bersembang. Ustaz meminta kebenaran dan syeikh itu memberi kebenaran.

“Syeikh, apa hukum kalau kita buat begini? (sambil membuat lambang A)”

Syeikh menepis tangan ustaz saya. Syeikh Yusuf Al-Qaradawi terkejut.

“Biadap kamu.” kata syeikh itu sambil menuding tangan kepada ustaz saya.

“Kenapa syeikh? Kalau diikutkan kebiasaan orang Malaysia, kalau kami nak menunjukkan sesuatu, macam itulah yang kami guna.”

Syeikh menggeleng kepala. “Kalau kamu nak tau, itulah amalan Yahudi yang telah di ajarkan kepada kamu, warga Malaysia. Yahudi tidak akan boleh duduk senang selagi mana kamu tidak mengikut mereka. Jadi ini adalah tugas kamu untuk beritahukan hal ini kepada penduduk Malaysia.” ujar syeikh.

“Jadi, macam mana kami nak tukar daripada menggunakan lambang A itu?”

“Kamu gunakanlah begini, (sambil menunjukkan seperti lambang B). Itulah sunnah Rasulullah s.a.w.”

Ustaz mengangguk dan beredar.

Pandangan dari Ustaz Azhar Idrus:



Wallahu a'lam....

#############################################################

Fakta Sains di dalam Al-Quran




Matahari akan padam selepas tempoh tertentu.

Cahaya matahari dihasilkan oleh proses kimia di permukaannya yang telah berlaku sejak lima billion tahun dahulu. Ia akan padam pada suatu masa nanti apabila matahari kelenyapan bahan api yang akan membawa kepupusan kehidupan di bumi ini. Ayat al-Quran menyebut mengenai perkara ini:

´Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui.”

(Surah Yaa Siin: 38) 

(Mesej yang sama difirmankan oleh Allah s.w.t sebagaimana terkandung di dalam al-Quran menerusi ayat-ayat 13: 2, 35: 13, 39: 5 and 39: 21) 

Perkataan Arab yang digunakan di sini ialah ´mustaqarr´, yang bermakna tempat atau masa yang telah ditentukan. Justeru, al-Quran menyatakan matahari bergerak menuju ke satu tempat yang ditetapkan dan perkara itu akan berterusan sehingga ke satu tempoh yang telah ditetapkan - bermakna ia akan padam atau tamat.

Kewujudan bahan di ruang angkasa.
Ruang di luar sistem astronomi yang tersusun dikatakan tidak mempunyai apa-apa bahan dan vakum sahaja. Ahli astro-fizik kemudiannya menemui kewujudan bahan-bahan yang dipanggil plasma dan ianya terdiri daripada gas yang diionkan sepenuhnya dan mengandungi jumlah elektron bebas dan ion positif yang sama. Ia juga kadang-kadang dipanggil keadaan bahan yang keempat (selain daripada tiga keadaan yang diketahui- pepejal, cecair, dan gas). 

Al-Quran menyebut kewujudan bahan ini dalam ayat:

“Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya.”

(Surah Al-Furqaan: 59) 

Amat tidak logik sekali untuk sesiapa pun membayangkan kewujudan bahan di antara galaksi telah diketahui 1400 tahun dahulu.

Alam semesta yang sentiasa mengembang.
Pada tahun 1925, ahli astronomi Amerika yang bernama Edwin Hubble, membentangkan bukti hasil kajiannya bahawa semua galaksi semakin menjauhi antara satu sama lain, yang membayangkan alam semesta ini sedang mengembang. Pengembangan alam semesta kini diiktiraf sebagai fakta sains. 

Inilah yang al-Quran katakan mengenai sifat alam semesta ini:

“Dan langit itu Kami dirikan dengan kekuasaan Kami (dalam bentuk binaan yang kukuh rapi) Dan sesungguhnya Kami adalah mempunyai kekuasaan yang luas tidak terhingga.”

(Surah Dzaariyaat: 47)

Perkataan Arab ´musi´u´n diterjemahkan dengan betul kepada ´mengembangkannya´, dan ia merujuk kepada penciptaan alam semesta yang amat besar dan sedang mengembang.

Stephen Hawking, dalam bukunya, A Brief History of Time, berkata, ´Penemuan bahawa alam semesta ini sedang mengembang merupakan salah satu dari revolusi intelek yang amat hebat di kurun ke 21.´

Al-Quran menyebut mengenai pengembangan alam semesta, sebelum manusia belajar membuat teleskop. Ada yang berkata fakta-fakta astronomi di dalam al-Quran tidaklah mengejutkan kerana orang Arab memang mahir di bidang astronomi. Mereka memang betul bila berkata orang Arab mahir di bidang astronomi. 

Bagaimanapun mereka gagal menyedari bahawa al-Quran diturunkan sebelum orang Arab menjuarai bidang astronomi. Selain daripada itu, kebanyakan fakta-fakta saintifik yang disebut di atas mengenai astronomi, seperti asal usul alam semesta dari Big Bang, tidak diketahui oleh orang Arab walaupun sehingga zaman kegemilangan sains mereka. 

Oleh hal yang demikian itu, fakta saintifik di dalam Al-Quran bukan disebabkan oleh keunggulan orang Arab di bidang astronomi. Malahan, yang sebaliknya betul. Orang Arab menjuarai astronomi kerana astronomi disebut di dalam al-Quran.

Gas Hidrogen dan Helium dan permulaan langit dan bumi.
Salah satu kajian dalam bidang ilmu astrofizik ialah tentang keadaan alam selepas berlakunya Big Bang. Kajian menunjukkan bahawa pengembangan berlaku di dalam keadaan suhu yang tinggi diikuti dengan penyejukan. Di peringkat awal itu, proton telah bercantum dengan neutron dan melahirkan gas deuterium (hidrogen berat atau heavy hydrogen) di samping gas-gas ringan yang lain, terutamanya helium, dan sedikit daripada lithium, berylium dan boron. Ini disebutkan juga sebagai ´primary nebula´.

Akhirnya, dalam jangka masa yang singkat, angkasa raya ketika itu didominasi oleh gas hidrogen dan helium. Selepas lebih kurang sejuta tahun, gas di angkasa membeku dan kemudiannya bercantum mengikut proses-proses tertentu untuk menjadi galaksi, bintang-bintang dan bumi. Penemuan ini adalah selari dengan pernyataan al-Quran.

Permulaan alam menurut Al-Quran dan Sains.
Dalam , Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

“Apakah orang-orang kafir tidak melihat bahawa sesungguhnya langit dan bumi pada asalnya adalah bercantum sebagai satu, kemudian Kami pisahkan keduanya…” 

(surah Al-Anbiya: 30)

Di dalam Al Jamik li Ahkamil Quran Jilid 5 halaman 4323, Imam Qartubi telah meriwayatkan perkataan-perkataan Ibn Abbas, Al-Hasan, ´Atha, Ad-Dahhak dan Qatadah: “Ia bermaksud bahawa kedua langit dan bumi pada asalnya adalah satu yang melekat lagi bercantum, kemudian Allah s.w.t pisahkan di antara kedua-duanya dan dijadikan di antara kedua-duanya udara.” 

Di dalam Al-Asas fit Tafsir Jilid 7 halaman 3454, Said Hawa telah mendatangkan riwayat dari Ibn Kathir tentang pandangan Said bin Jubair berhubung dengan ayat ini: “Bahkan… sebelum ini langit dan bumi melekat dan bercantum di antara satu dengan yang lainnya. Ketika Allah s.w.t meninggikan langit maka menonjollah bumi. Demikianlah maksud Allah s.w.t memisahkan di antara kedua-duanya.” 

Syeikh Tantawi Jauhari dalam kitabnya yang terkenal Al-Jawahi´ yang ditulisnya sekitar tahun 1920-1930, telah menyebutkan: “Apa yang telah dijelaskan oleh al-Quran dahulu ialah bahawa langit alam yang ada di dalamnya, adalah semua bercantum lalu Allah s.w.t pisahkan semuanya. Di sini kita tegaskan bahawa ini adalah mukjizat, kerana ilmu ini belum diketahui kecuali pada zaman sekarang.” 

Berpandukan ayat ini, tafsiran yang muktabar menerima hakikat bahawa alam ini pada suatu ketika dahulu adalah bercantum sebelum dipisahkan mengikut yang dikehendaki oleh Allah s.w.t.

Teori 'Big Bang'.
Satu teori yang telah diterima umum tentang asal kejadian alam ialah teori Big Bang. Ia mengatakan bahawa alam ini pada asalnya adalah bercantum, kemudiannya berlakulah satu letupan yang kuat (cosmic explosion) 10 ke 20 billion tahun dahulu, yang dinamakan sebagai Big Bang. Bermula dari situ berlakulah pengembangan dan penyejukan (expanding and cooling) yang melahirkan bintang-bintang, galaksi dan yang seumpamanya.

Teori ini pada asalnya diasaskan dari formula General Theory of Relativity yang diutarakan oleh Albert Einstein pada tahun 1915. Kemudian pada tahun 1922 seorang pakar fizik Rusia, Alexander Friedmann, telah mengembangkan lagi formula ini dan mengukuhkan lagi teori Big Bang ini. 

Pada tahun 1929, tokoh astronomi dari Amerika, Edwin Hubble, telah menemui bukti-bukti kukuh yang menyokong teori Big Bang. Dengan menggunakan alat yang canggih, beliau telah mendapati bahawa alam ini sedang berkembang sekali gus mengukuhkan pendapat bahawa alam ini bercantum padu pada asalnya dan letupan besar telah berlaku yang menyebabkan pengembangan itu. 

Penyelidikan berhubung dengan tahap radiasi dan tentang gas helium yang tersebar secara seimbang di angkasa, adalah selari dengan teori Big Bang. Kajian tentang tahap radiasi di angkasa raya telah dilakukan oleh pakar astrofizik dari Amerika, Arno Penzias and Robert Wilson, pada tahun 1965. 

Kajian tambahan yang dilakukan di antara tahun 1989 hingga 1993, dengan menggunakan alat pengesan khas NASA yang dikenali sebagai ´COBE Spacecraft,´ juga telah mengesahkan tentang perkara ini. 

Pada hari ini dengan alat dan prasarana yang lebih canggih, seperti makmal CERN yang terletak berhampiran dengan Geneva, banyak kajian baru yang dapat dilakukan. Kajian-kajian terkini dari makmal ini telah mengukuhkan lagi teori Big Bang.

Pada tahun 1928, Thomas Gold dan Hermann Bondi telah mengutarakan satu teori yang berlawanan dengan Big Bang, iaitu, Teori ´Steady State´ yang mengatakan bahawa alam ini tidak ada permulaan, malah berkeadaan sama sejak dahulu hinggalah sekarang. Pada tahun 1964, dengan penemuan gelombang-gelombang tertentu di udara yang mengesahkan tentang kewujudan Big Bang, teori ini terus ditolak.

Semua ini mengesahkan bahawa langit dan bumi pada suatu ketika dahulu adalah bercantum padu, kemudiannya dipisahkan. Kesemuanya telah disebutkan oleh al-Quran.

Wallahu a'lam...

################################################

Thursday 25 April 2013

Cara Duduk Rasulullah S.A.W.


Berikut ini adalah beberapa cara duduk yang pernah dicontohkan Rasulullah SAW:


Duduk Bersila Duduk ini dilakukan dengan cara menyilangkan kedua kaki yang berada dalam posisi rebah dan terlipat, sehingga persilangannya ada di antara kedua betis. Rasulullah SAW pernah duduk bersila dari setelah selesai solat Subuh hingga terbit matahari.



Duduk Qurfasha Duduk ini dilakukan dengan cara melipat lutut dan menegakkannya sehingga kedua telapak kaki menjejak lantai. Kemudian kedua tangan merangkul kedua lutut tersebut. Namun, cara duduk seperti ini dilarang Rasulullah SAW dilakukan ketika mendengar khutbah Jumaat.


Duduk Bertinggung Duduk ini dilakukan seperti berjongkok dengan seluruh telapak kaki menjejak lantai, bagian punggung (maaf) tidak menyentuh lantai. Rasulullah SAW pernah duduk bertinggung ketika sedang memakan kurma.


Duduk Iftirasy Duduk ini sama dengan duduk antara dua sujud atau pun sujud ketika Tahiyatul awal dalam solat.


Duduk Tawarruk Duduk ini sama dengan duduk ketika Tahiyatul akhir dalam solat.


Wallahu’alam...

######################################

Wednesday 24 April 2013

10 Perkara yang boleh merosakkan otak...





1. Tidak mengambil sarapan pagi. 
Otak merupakan organ yang paling banyak menggunakan tenaga, iaitu sebanyak 25% daripada keperluan tenaga badan. Tidak mengambil sarapan pagi menyebabkan paras gula dalam darah menjadi rendah dan mengurangkan bekalan nutrisi pada otak. Banyak sel-sel otak akan mati dan keseluruhan otak akan menjadi kurang aktif pada hari tersebut.

2. Terlebih makan.
Tidak bermakna makan berlebihan menyebabkan otak menjadi semakin baik. Makan berlebihan menyebabkan banyak darah dialirkan kepada perut dan usus untuk tujuan pencernaan, menyebabkan kekurangan darah yang sampai kepada otak. Ini mengakibatkan mengantuk, malas dan hilang daya fokus.

3. Merokok.
Asap rokok sangat merbahaya kerana mengandungi pelbagai racun dan boleh membunuh banyak sel-sel otak.

4. Ambil gula berlebihan.
Gula yang berlebihan dalam badan boleh mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Menghidu udara yang tercemar.
Otak merupakan pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Menghidu udara tercemar menyebabkan kerosakan sel-sel otak. Berkawan dengan perokok juga mendedahkan kita kepada asap rokok yang sangat merbahaya kepada otak.

6. Tidur yang berlebihan.
Tidur adalah baik untuk kesihatan otak kita. Namun tidur yang berlebihan menyebabkan otak kurang aktif dan melemahkan daya berfikir seseorang.

7. Tidur dengan menutup muka.
Tidur sambil meniarap dan menekup muka ke bantal atau menutup dengan buku atau lengan boleh menyebabkan banyak gas karbon dioksida terperangkap dan disedut semula semasa bernafas. Ini boleh menyebabkan otak kekurangan oksigen.

8. Kurang berimaginasi.
Berfikir merupakan satu cara yang baik untuk mengasah otak kita. Kurang berimaginasi menyebabkan tahap kecerdasan otak menurun.

9. Jarang berfikir.
Jarang berfikir menyebabkan otak kita menjadi lembab dan tidak aktif. Maka, selalu berfikir akan melatih otak kita berkerja dan meningkatkan keupayaan otak kita.

10. Tidak membaca Al-Quran.
Al-quran merupakan kalimah-kalimah Allah s.w.t. Membacanya akan memberi banyak manfaat kepada badan kita termasuklah mengaktifkan otak kita dan mengelakkannya daripada rosak. Tidak membaca Al-quran menyebabkan otak kita menjadi lembab dan dangkal.

####################Wallahualam####################


Friday 19 April 2013

Apa Salahku?



Nabi menekankan di dalam beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhuk menggunakan air bekas minuman kucing.

Kenapa Rasulullah Saw berani mengatakan bahawa kucing tidak menjadi najis kepada manusia? Persoalannya, bagaimana Nabi mengetahui badan kucing tidak mempunyai najis? Jawapannya, kulit kucing mempunyai otot-otot yang berfungsi untuk melawan sel bakteria.

Otot kucing juga dapat menyesuaikan diri dengan sentuhan otot manusia. Pada permukaan lidah kucing pula dilapisi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini berbentuk bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit.

Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun air yang akan jatuh dari lidahnya.

Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.

Kajian Yang Dijalankan

Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing mengikut pelbagai perbezaan usia, posisi kulit, punggung, bahagian dalam tapak kaki, bibir, dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sampel melalui usapan. Di samping itu, kuman juga diletakkan pada bahagian-bahagian tertentu. Diambil juga cairan khusus (air liur) yang berada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.

Hasil yang didapati selepas ujikaji adalah:
  • Hasil yang diambil dari kulit luar tidak mempunyai kuman, meskipun dilakukan berulang kali.
  • Tempat yang kuman sengaja diletakkan menunjukkan hasil negatif sekitar 80% (20% mempunyai kuman), jika dilihat dari air liurnya. Ini menunjukkan kucing dapat melawan kuman yang diberikan kepadanya.
  • Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga menunjukkan ketidak hadiran kuman.
  • Hanya sekali kuman dijumpai semasa proses penyelidikan. Kuman ini termasuk dalam kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang selalunya membiak dalam tubuh manusia dalam jumlah yang kecil seperti enterobacter, streptococcus, dan staphylococcus. Jumlahnya kurang dan membiak dalam lingkungan 50 ribu pertumbuhan.
  • Kajian tidak menemui jenis kuman yang beragam dan berbahaya. Perbagai sumber yang dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikrobakteria. Air liurnya bersih dan boleh membersihkan seluruh badannya.

Ulasan para doktor yang bergiat dalam bidang kuman, Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Klinik Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemui kehadiran kuman pada lidah kucing. Jika mempunyai kuman, itu menunjukkan kucing itu akan atau sedang sakit.

Selain itu, Dr. Gen Gustafsirl menemui kuman yang banyak pada anjing, manusia 25% dari anjing, kucing mempunyai separuh kuman dari manusia. Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Said Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai peranti pembersih yang bernama lysozyme.

Kucing tidak menyukai air kerana air merupakan tempat yang sangat subur dalam pertumbuhan bakteria. Kucing juga sangat menjaga kestabilan suhu tubuhnya.

Jika diperhatikan, kucing tidak banyak berjemur dan tidak suka mendekati air.

Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor yang membuatkan kuman tidak ada pada tubuh kucing.

Hadith-Hadith Mengenai Kucing


Kabsyah binti Kab bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhuk. Pada masa itu datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bekas untuk kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah”. Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Kabsyah menjawab, “Ya”. Lalu Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, Kucing itu tidak najis. Kucing binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan), (HR At-Tirmidzi, An-Nasai, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).

Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas”. Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun terdapat seekor kucing datang dan menjilati bekas air tersebut. Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum lalu Rasulullah berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu ia memberikan isyarat untuk menyimpannya. Sayangnya setelah Aisyah selesai mendirikan solat, ia lupa adanya bubur. Datanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika Aisyah melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya. Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling”. Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhuk dari sisa bekas jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).

Kalaulah bukan dari wahyu Allah tentulah Rasulullah Saw tidak akan berani mengatakan bahawa kucing itu bersih. Segala sesuatu yang baru ditemui oleh para ilmuwan pada zaman moden ini, telah diketahui ilmunya oleh Rasul Kita Muhammad saw sejak 1500 tahun yang lalu.

Wallahu’alam….

Tetapi hari ini sangat berbeza.....
Terdapat manusia yang zalim menyeksa binatang yang disukai oleh Rasulullah s.a.w.



Sabda Nabi saw maksudnya:

"Seorang wanita diazab kerana seekor kucing yang dikurung sampai mati. Wanita itu masuk neraka kerananya. Dia tidak memberi makan dan (tidak juga) minum kepada kucing itu ketika dia menawannya. Dia juga tidak melepaskannya agar dapat makan serangga-serangga yang ada di bumi."

(Hadis Riwayat al-Bukhari)

Lihatlah betapa beratnya kesalahan menzalimi haiwan sehingga boleh menyebabkan tercampaknya seseorang ke dalam azab api neraka yang amat perit. Na'uzhubillah mudahan kita tidak termasuk dikalangan mereka yang gemar menzalimi haiwan dan lebih lagi menzalimi manusia.

Kepada mereka yang pernah menyiksa haiwan seperti memukul kucing, melangar anjing dengan kereta secara sengaja, mengurung kucing tanpa memberi makan, menyiksa ikan dengan membiarkan ianya mati kerana air akuarium yang terlalu kotor dan sebagainya hendaklah segera bertaubat kepada ALLAH swt sebelum terlambat. Berbuat baiklah walaupun terhadap haiwan.

Islam melarang keras perbuatan zalim terhadap haiwan dan menganjurkan umatnya berbuat baik kepada haiwan sehingga ada yang masuk syurga hanya kerana memberi minum kepada anjing yang dalam kehausan dengan penuh keikhlasan. ALLAH swt Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Nabi saw yang kita cintai, kekasih ALLAH swt yang menjadi contoh sepanjang zaman amat menganjurkan umatnya berbuat baik walaupun kepada haiwan. InsyaALLAH dalam tulisan yang akan datang akan saya bawakan beberapa hadis yang menunjukkan kasih sayang Nabi saw walaupun terhadap haiwan.

Marilah kita mencontohi Nabi saw dalam semua aspek kehidupan. Mudahan kita tergolong dikalangan orang-orang yang selamat di dunia lebih lagi di akhirat...

#########################################################################

Terukir Di Bulan (Suka-suka Aje)


Lirik Terukir Di Bulan

Jika aku minta yuran percuma,
Tak mungkin kau mampu,
Kau hanya mampu berikan aku,
Baucer buku untukkku..

Jika aku minta turunkan harga,
Engkau taknak coba,
Kau hanya mahu dengar cakapku,
Bila tiba PRU..

Undi ini bukan milikmu lagi,
Seribu tahun pun,
Takkanku undikan,
Kamu...

PM ku jangan kau persoalkan,
Siapa di hatiku,
Terukir di bulan, dah konfem hilang,
Undiku padamu...



####################################################################


Thursday 18 April 2013

ABCD


Undi la apa yang korang nak undi A... B... C... D....

\
Asalkan Bukan Cap Dacing!!!!!

huahuahua!!!!!!

Gwiyomi Phenomenon...



The Gwiyomi Song, or Kwiyomi Song, is a K-pop single by South Korean singer Hari and was released on February 18, 2013. It was inspired by a gesture from a member of a South Korean boy group, BtoB named Jung Ilhoon. The gesture is called 'Gwiyomi Player', which became an Internet meme in October 2012 followed by its first appearance on a South Korean variety show under SBS MTV named MTV Diary. The gesture has also inspired many Asian netizens to upload their own versions onto the internet.

Let's watch one from million cute's Gwiyomi videos from Nicky Smart....


Tuesday 9 April 2013

Fast Facts On MIHAS 2013


One day me at MIHAS KLCC 2013...

MIHAS is an annual trade fair held every second quarter of the year in Kuala Lumpur, Malaysia. Organised under the auspices of the Malaysian government, MIHAS is hosted by the Ministry of International Trade and Industry (MITI) and is organised by the Malaysia External Trade Development Corporation (Matrade).

Event:
THE 10TH MALAYSIA INTERNATIONAL HALAL SHOWCASE (MIHAS 2013) 

Theme:
"Empowering The Global Halal Market" 

Date:
3 – 6 April 2013 (Open to trade and business communities only) 
6 April 2013 (Open to trade and public) 

Venue:
Kuala Lumpur Convention Centre, KLCC 

Operating Hours:
10 am – 7 pm (Daily) 

Frequency:
Annual









































Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...