Akibat tidak yakin lagi dengan Umno BN, mengakibatkan 100 anggota Parti Bersatu Sabah (PBS) kawasan Tenom menyertai KEADILAN.
Kumpulan itu yang tidak berpuas hati dengan sikap tidak mengambil tahu kebajikan rakyat merupakan titik penolakan Umno di kawasan tersebut.
Menurut Ketua KEADILAN Cabang Tenom, Datuk Halik Zaman, penduduk yang menyertai KEADILAN itu tidak lagi takut dengan ugutan Umno kerana menyertai Pakatan Rakyat (PR).
” Wakil rakyat BN selama ini tidak mengendahkan mereka yang selama ini mengundi mereka, sebaliknya hanya mementingkan kroni-kroni dan kaum kerabat masing-masing. Rakyat tidak di pandang sebelah mata.
“Rakyat kampung hanya akan “dipandang” apabila tiba musim pilihan raya sahaja. Masa inilah baru kita nampak wakil-wakil rakyat BN mengunjungi penduduk-penduduk kampung, memperlihatkan dan “memperdagangkan keperihatinan” mereka kepada penduduk kampung,” katanya pada kenyataan.
No comments:
Post a Comment