Pengikut Beta...

Assalamualaikum...selamat datang ke blog fiq...semoga anda semua mendapat manfaat serta informasi yang terkini...semuanya benar-benar belaka...terima kasih...

Saturday 3 August 2013

9 Mimpi Nabi Muhammad s.a.w.



9 Mimpi Nabi Muhammad SAW

Selepas baca silakan share >> FACEBOOK/TWITTER

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

Antara mimpi baginda ialah:
  1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.
  2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.
  3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.
  4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.
  5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.
  6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.
  7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.
  8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.
  9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.
BERSABDA RASULULLAH SAW:
"SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"


Friday 2 August 2013

Kenali serba sedikit tentang Syiah...



Apa itu Syiah?
Penuh news feed kita pasal syiah kan?
Dan kita masih berdiam diri.
Masih tak mahu ambil tahu.
Masih leka dengan teduhan kasih dan sebenarnya saya isteri dia.
Masih terbuai bermesej dengan pakwe/makwe.
Masih rasa tiada kena mengena dengan kita.
Masih lagha dengan hiburan nyanyian, menari dan bergelak ketawa.

MARI kita ambil tahu sedikit sebanyak pasal Syiah ni.
Jangan risau, baca secara santai, In Shaa Allah tak sampai 15 minit.
Sekurangnya kita ada gambaran apa itu Syiah.
Let's check it out. Eh!

Apa itu Syiah?
Syiah itu salah satu pegangan akidah yang di asaskan oleh Abdullah Bin Sabak.
Akidah yang bertentangan dengan Sunni.
Syiah itu bermaksud penolong/pembantu.

Siapa Abdullah Bin Sabak ni?
Dia adalah seorang Yahudi.
Dia berasal dari Yaman.
Dia datang ke Madinah semata untuk mendapatkan jawatan, kepentingan politik.
Time tu zaman pemerintahan Saidina Uthman Bin Affan,
Saidina Uthman tak layan dia.
Dia jadi marah lalu dia sebarkan fahaman kepada masyarakat Madinah bahawa,
"Yang sepatutnya jadi khalifah ialah Saidina Ali bukan nya Saidina Umar, Saidina Uthman ataupun Saidina Abu Bakar.."
Dan masyarakat percaya benda ni.
Dari situ lah bermulanya fahaman Syiah.

Alhamdulillah kita berpegang pada Ahlu Sunnah Wal Jamaah/Sunni.
Syiah dengan Sunni ini sangat-sangat berbeza.
Syiah dengan Sunni ni bukan masalah khilaf furu'q (perkara-perkara kecil),
Tetapi , Syiah ni benar-benar terpesong akidahnya dari ASWJ.

SEBAB?
Antaranya ialah,
SYIAH MENDAKWA:
  • Ketika Nabi Muhammad SAW wafat, seluruh sahabat nabi murtad, kecuali beberapa orang sahaja iaitu, Salman Al Farisi, Al Miqdad Bin Al Aswad, Amar Bin Yasser dan Suhaib Ar Rumi (ada juga yang kata Bilal bin Rabah).
  • Syiah mengkafirkan sahabat Nabi Muhammad SAW dengan berkata kepada Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar, "Dua patung berhala Quraisy..".
  • Mereka tak percaya Quran yang kita guna sekarang ni. Mereka menganggap Quran sebenar telah hilang, Quran yang ditulis Saidatina Fatimah r.ha.
  • Semasa Nabi wafat , Saidatina Fatimah ni sedih , sedih sangat , dia menangis sampai 75 hari , time dia tengah sedih tu, Jibril turun menggembirakannya, Saidina Ali pun hairan dengan siapa Fatimah bersembang, lalu Fatimah beritahu Ali, dan Ali berkata kalau Jibril datang lagi beritahunya. Jibril datang semula, Fatimah pun beritahu Ali, dan ketika itulah Saidina Ali menulis apa yang Jibril kata. Dan Syiah menganggap itu Quran mereka.\
  • Mereka mendakwa ada ayat-ayat al-Quran yang dibuang oleh Saidina Abu Bakar ketika mana Saidina Abu Bakar ni mengumpulkan kembali ayat-ayat al-Quran, antaranya ialah surah al-Baqarah ayat 23, surah Toha ayat 115, surah al-Ahzab ayat 70, surah al-Balad, mereka menokok tambah dalam ayat sebenar dan menambah satu lagi surah iaitu surah wilayah.
  • Mereka juga ada imam. Iaitu Imam 12. Imam yang ke-12 ini dipercayai telah ghaib pada 226 hijrah di sebuah terowong di Iraq/Iran. Setiap petang Jumaat mereka akan pergi ke terowong itu dan berkata, “Wahai Imam, keluarlah Iman, keluarlah..”. Sampai sekarang Imam itu tak keluar lagi. Dan akan keluar suatu hari nanti.
  • Ulama terbesar syiah iaitu Al Khomeini berkata, “Sahabat nabi hanya mementingkan dunia, rebut jawatan, mereka tak pentingkan Quran dan agama, mereka jadikan Quran sebagai alat untuk niat mereka yang kotor, merampas jawatan khilafah..”.
  • Mereka menghalalkan darah umat Islam. Bagi mereka, lagi banyak mereka membunuh umat Islam, lagi banyak darah yang mengalir, lagi cepat Imam mereka itu akan keluar dari terowong.
  • Rukun iman mereka ada lebih dari enam. Mereka percaya pada Imam. Imam mereka boleh menghalalkan dan mengharamkan sesuatu perkara. Imam mereka maksum. Imam mereka mempunyai ilmu di mana mampu mengetahui benda yang dah berlaku dan akan berlaku. Imam mereka juga menguasai dunia dan akhirat. Imam mereka mampu beri apa sahaja yang mereka mahu.

---------------------------------------------------------------------------


Astaghfirullahala’zim.
Nauzubillahiminzalik.
Allahuakbar..Allahuakbar..Allahuakbar..
Ternyata syiah ini telah jauh terpesong.
Mereka mensyirikkan Allah.
Mereka menyamakan martabat Imam 12 mereka dengan semua Nabi.
Bahkan mereka mengatakan Saidina Ali sama level dengan Allah.
Allah..Allah..Allah..

Masalah syiah sekarang ini bukan masalah khilaf,
Tapi masalah akidah mereka yang bertentang dengan kita.
Musuh umat Islam sekarang bukan sahaja Yahudi Israel, tetapi juga Rusia, China dan Iran.
Iran yang dulu kita tertipu dengan ‘heronya’,
Rupanya mereka bermain wayang sahaja dengan kita,
Mereka lah antara yang menghantar bom, senjata dan angkatan tentera kepada Bashar Asad untuk membunuh tentera Islam.
Syiah itu sesat.
Jangan kita memberi muka kepada mereka.
Jika ada dalam kalangan kita yang syiah,
WAJIB kita betulkan.

Tahu air mineral ECPI?
Alaa , yang mahal tu.
Jangan terkejut!
Air itu air syiah.
Sponsor terbesar Syiah di Malaysia.
MOHON BOIKOT.

Oh, lagi satu mereka ni suka bertaqqiyah.
Mereka memiliki akidah taqiyyah (berbohong, berpura-pura).
Menurut Imam mereka, tidak ada agama bagi sesiapa yang tidak bertaqiyyah.
Mereka dituntut untuk menzahirkan sesuatu yang bersesuaian dengan masyarakat setempat dan menyembunyikan kepercayaan mereka .
--Hipokrit everywhere—Lalalalala~

---------------------------------------------------------------------

Macam mana nak tahu tempat tu tempat syiah?
Tempat mereka bernama hauzah.
Hauzah itu macam surau/masjid bagi umat Islam.

Macam mana nak kenal syiah?
Time mereka sembahyang, mereka akan meletakkan tanah karbala (macam batu bulat kecil) di tempat sujud, mereka akan sujud atas tanah itu, kalau tak kena tanah karbala itu, tak sah sembahyang mereka. Pftttt ==”
Lepas habis sembahyang, lepas memberi salam, mereka akan menepuk paha mereka tiga kali. Motif ? ==”

Alhamdulillah.
Ni lah serba sedikit tentang Syiah.
Nak lebih banyak info dan lebih dalam,
Sila baca di newsfeed kalian mahupun membaca di blog/menonton di youtube/baca buku/kitab yang berkaitan .
Moga Allah redha :’)

P/S : Wajib bagi kita menpertahankan akidah kita. Ya-Allah, jauhilah kami dari kesesatan Syiah, matikanlah kami dalam Iman, dalam Islam. Aamiin

♥|LIKE|SHARE|COMMENT

Sumber: Rakan Facebook...


Monday 22 July 2013

Bird know how to catch them fish...


Allah Maha Hebat lagi Maha Pencipta...

Burung pandai menangkap ikan...



###################################################################


Sunday 14 July 2013

8 Taman Terindah Di Dunia


Berikut ialah taman bunga yang terindah di dunia....


1. The United States Botanic Garden, Washington, D.C.


Ketika Kongres beraksi di tahun 1820 untuk menjadikan taman ini sebagai taman nasional, itu adalah mimpi yang menjadi kenyataan. Hari ini, taman nasional tertua


Jadual waktu Imsak dan waktu berbuka puasa 2013 bagi setiap negeri dan Wilayah-wilayah Persekutuan di Malaysia.

Bagi Negeri-negeri di Malaysia:

Bagi Wilayah Persekutuan:






~~~~~~ Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak ~~~~~~

Tuesday 9 July 2013

Inilah Bintang Terbesar di Alam Semesta.



Namanya NML Cygni. Ya itulah nama yang diberikan para saintis sejak ditemui pada tahun 1965. Namun, hanya pada Disember 2012 saiz sebenar saiz sebenar diketahui menjadikan ia bintang terbesar setakat hari ini. Apakah  keistimewaan NML Cygni?

Dalam bahasa mudah, bintang gergasi ini besarnya dua ribu kali ganda berbanding saiz matahari! Cuba anda bayangkan, sejumlah 4.5 billion matahari boleh dimuatkan ke NML Cygni. Hebat bukan?

Memang dasyat saiz NML Cygni. Sehingga kini, bintang terbesar di alam semesta ini memegang takhta buat sementara sehinggalah ditemui bintang gergasi baru mengatasinya.

NML Cygni dengan diameter 2,783,960,000 kilometer telah mengatasi bintang terbesar sebelumnya, iaitu VY Canis Majoris yang 'hanya' berdiameter 2,296,767,000 kilometer.

Saiznya terlalu besar, hingga dikatakan ramai saintis tidak menyangka, wujudnya bintang sebesar itu di alam semesta yang terletak dalam jarak 5,300 tahun cahaya.

Sebenarnya belum banyak yang boleh dikatakan tentang bintang ini yang memiliki berat 30 hingga 40 kali ganda dari matahari. Saiznya sejuta kali ganda dari bumi.

Menurut pemerhatian, bintang ini diliputi oleh dua lapisan optik tebal yang terbentuk daripada debu dan molekul-molekul kecil. Lapisan ini terbentuk hasil daripada kombinasi tiupan angin yang kencang di permukaan bintang ini dan kadar lepasan gas dalaman yang tinggi.

NML Cygni juga kaya dengan komposisi oksigen, selain daripada air, silika, karbon monoksida, hidrogen sulfida, formonitril dan sulfur dioksida.

Saiz matahari ibarat bagai satu titik dalam keluasan NML Cygni.

Walaupon suhu NML Cygni menunjukkan bintang ini dikategorikan sebagai bintang sejuk, ia masih diakui sebagai antara objek paling cerah yang ditemui di alam semesta setakat ini.

Tidak seperti matahari, lokasinya yang unik dalam galaksi 'Milky Way' membuatkan bintang ini tidak mengetuai sebarang sistem planet, walaupun bintang ini diiktiraf sebagai bintang terbesar di alam semesta ketika ini.

Begitu pun, NML Cygni sama sekali tidak boleh dibandingkan dengan kebesaran Allah Yang Maha Esa. Allah yang menciptakan alam semesta ini tiada tolok bandingannya berbanding bintang terbesar tadi.

Untuk makluman anda, setakat ini manusia hanya mampu mengkaji hanya kurang satu peratus dari seluruh isi alam semesta. Ini menjadikan pencarian bintang terbesar adalah sesuatu yang tidak ada titik noktahnya.

Dapat anda rasa betapa kerdilnya manusia di dunia kini? Allahu Akhbar! Mengapa kita masih berkira-kira untuk menjalankan perintah-Nya dan berani melanggar larangan-Nya?

Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan keadaan langit dan bumi serta segala yang ada di antara kedua-duanya; kalau betul kamu orang-orang yang yakin akan hakikat itu, maka terimalah sahaja apa yang diutuskan kepada kamu.

(Surah Ad-Dukhaan: Ayat 7)

Saturday 29 June 2013

Baby - The Great Swimmer


Assalamualaikum...
Hari ini saya nk tunjuk sebuah video yang paling best...Terpegun saya melihatnya....memang hebat....video ni ialah video dimana seorang bayi yang mahir berenang...dijangkakan bayi ini berusia dalam lingkungan setahun lebih...memang salute la kat baby ni...ak pon tak pandai berenang sampai sekarang...huhuhu...



Hebatkan.....


Tuesday 25 June 2013

Hikmah Disebalik Gerakan Dalam Solat


Solat adalah amalan ibadah yang paling profesional bagi Anatomi tubuh manusia. Dari sudut pandangan ilmiah, solat ialah gudang ubat bagi pelbagai jenis penyakit. 



SUJUD

Postur: Menungging dengan meletakkan kedua tangan, lutut, hujung kaki, dan dahi pada lantai. Manfaat: Aliran getah dipam ke bahagian leher dan ketiak. Posisi jantung di atas otak menyebabkan darah kaya dengan oksigen boleh mengalir maksimum ke otak. Aliran ini berpengaruh pada daya fikir seseorang. Kerana itu, lakukan sujud dengan tuma'ninah, jangan tergesa gesa agar darah mencukupi kapasitinya di otak. Postur ini juga menghindarkan gangguan buasir. Khusus bagi wanita, baik rukuk mahupun sujud memiliki manfaat luar biasa bagi kesuburan dan kesihatan organ kewanitaan. 

Pakar sains mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling menggalakkan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Percaya atau tidak, berikut adalah hikmah yang diperoleh daripada perbuatan bersujud ketika sembahyang:
  1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat asalnya.
  2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
  3. Melegakan sakit hernia.
  4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
  5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan.
  6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
  7. Meringankan bahagian pelvis.
  8. Memberi dorongan supaya mudah tidur.
  9. Menggerakkan otot bahu, dada,leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara semula jadi dan ia juga akan memastikan kelancaran perjalanan darah.
  10. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
  11. Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan.
  12. Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin.organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut.(Convulsions).
  13. Organ terpenting iaitu otak kita juga akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
  14. Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.
  15. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha pencipta sekali gus mengikis sifat sombong,riak takbur dan sebagainya.
  16. Manakala dari sudut perubatan pula, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.
Untuk itu marilah kita sama-sama mengamalkan sujud dalam solat yang banyak dan lama-lama bagi satu-satu sujud. Dan sujud lama dalam solat terutamanya dalam solat sunat yang bersendirian adalah digalakkan di dalam Islam. Wallahu a’lam.



TAKBIRATUL IHRAM

Postur: berdiri tegak, mengangkat kedua tangan sejajar telinga, lalu melipatnya di depan perut atau dada bahagian bawah. Manfaat: Gerakan ini melancarkan aliran darah, getah bening (limfa) dan kekuatan otot lengan. Posisi jantung di bawah otak memungkinkan darah mengalir lancar ke seluruh tubuh. Ketika mengangkat kedua-dua tangan, otot bahu meregang sehingga aliran darah yang kaya dengan oksigen menjadi lancar. Kemudian kedua-dua tangan didekapkan di depan perut atau dada bahagian bawah. keadaan ini menghindarkan dari pelbagai gangguan persendian, khususnya pada tubuh bahagian atas.



RUKUK

Postur: Rukuk yang sempurna bertanda tulang belakang yang lurus sehingga bila diletakkan segelas air di atas punggung tersebut tak akan tumpah. Posisi kepala lurus dengan tulang belakang. Manfaat: Postur ini menjaga kesempurnaan kedudukan dan fungsi tulang belakang (corpus vertebrae) sebagai penyangga tubuh dan pusat saraf. Posisi jantung sejajar dengan otak, maka aliran darah maksimum pada tubuh bahagian tengah. Tangan yang bertumpu di lutut berfungsi relaksasi bagi otot-otot bahu hingga ke bawah. Selain itu, rukuk adalah latihan kencing untuk mengelakkan gangguan prostat.



IKTIDAL

Postur: Bangun dari rukuk, tubuh kembali tegak setelah, mengangkat kedua tangan setinggi telinga. Manfaat: I'tidal adalah variasi postur setelah rukuk dan sebelum sujud. Gerak berdiri bungkuk berdiri sujud merupakan latihan pencernaan yang baik. Organ organ pencernaan di dalam perut mengalami urutan dan pelonggaran secara bergantian. Kesannya, pencernaan menjadi lebih lancar.


DUDUK
Postur: Duduk ada dua iaitu iftirosy (tahiyyat awal) dan tawarruk (tahiyyat akhir). Perbezaan terletak pada posisi telapak kaki. Manfaat: kita bertumpu pada pangkal paha yang disambungkan dengan saraf nervus Ischiadius. Posisi ini menghindarkan sakit pada pangkal paha yang sering menyebabkan penderitanya seperti tidak mampu berjalan. Duduk tawarruk sangat baik bagi lelaki sebab tumit menekan aliran pundi kencing (urethra), kelenjar kelamin lelaki (prostata) dan saluran vas deferens. Jika dilakukan. dengan betul, postur ini mencegah impotensi. Variasi posisi telapak kaki pada iffirosy dan tawarruk menyebabkan seluruh otot kaki turut meregang dan kemudian relaks kembali. Gerak dan tekanan harmonis inilah yang menjaga. kelenturan dan kekuatan organ-organ gerak kita.



SALAM

Gerakan: Memainkan kepala ke kanan dan ke kiri secara maksimum. Manfaat: kelonggaran otot sekitar leher dan kepala menyempurnakan aliran darah di kepala. Gerakan ini mencegah sakit kepala dan menjaga kekencangan kulit wajah. Beribadah secara, berterusan bukan saja menyuburkan iman, tetapi mempercantik diri wanita luar dalam.

############################################################

Segmen : Mari Tambah Kenalan Blogger By Mr.K



Ada kwn blogger kita sorg ni (Mr. K) buat segmen...nk tmbah follower katanyew...

Objektif segmen ini :
✔ meningkatkan kenalan blog selain dapat mengeratkan silaturrahim.
✔ dapat berkenalan dengan blogger-blogger baru & lama.
✔ dapat meningkatkan trafik/followers di blog.


KLIK BANNER KAT BAWAH NI KALAU NAK JOIN


Pastu jangan lupa plak follow semua senarai blogger yg dh join Segmen ni k...
Setakat ni dh ada 180 org blogger yg dh join...kome tu bile lagi....???
Kalau da rezeki dapat la Topup RM10...hehehe...

JOM JOIN!!!!!!!!!!

#####################################################################


Jerebu : Bacaan Terkini Index IPU Di Malaysia dan Tips Penjagaan


Berikutan tahap jerebu yang membimbangkan, dibawah ini saya senaraikan beberapa panduan untuk menyemak tahap bacaan jerebu di negeri masing-masing.

Bacaan IPU jerebu

Panduan bacaan index IPU Jerebu

Bacaan terkini index IPU di Malaysia yang terkini pula adalah:

NEGERI / STATE
KAWASAN/AREA
MASA/TIME
7:00AM
Johor
Kota Tinggi
78*
Johor
Larkin Lama
111*
Johor
Muar
148*
Johor
Pasir Gudang
83*
Kedah
Alor Setar
63*
Kedah
Bakar Arang, Sg. Petani
75*
Kedah
Langkawi
58*
Kelantan
SMK Tanjung Chat, Kota Bharu
108*
Kelantan
Tanah Merah
90*
Melaka
Bandaraya Melaka
182*
Melaka
Bukit Rambai
260*
Negeri Sembilan
Nilai
145*
Negeri Sembilan
Port Dickson
335*
Negeri Sembilan
Seremban
153*
Pahang
Balok Baru, Kuantan
198*
Pahang
Indera Mahkota, Kuantan
171*
Pahang
Jerantut
106*
Perak
Jalan Tasek, Ipoh
70*
Perak
Kg. Air Putih, Taiping
63*
Perak
S K Jalan Pegoh, Ipoh
79*
Perak
Seri Manjung
141*
Perak
Tanjung Malim
128*
Perlis
Kangar
62*
Pulau Pinang
Perai
72*
Pulau Pinang
Seberang Jaya 2, Perai
79*
Pulau Pinang
USM
70*
Sabah
Keningau
78*
Sabah
Kota Kinabalu
76*
Sabah
Sandakan
50*
Sabah
Tawau
39*
Sarawak
Bintulu
75*
Sarawak
ILP Miri
75*
Sarawak
Kapit
63*
Sarawak
Kuching
70*
Sarawak
Limbang
72*
Sarawak
Miri
81*
Sarawak
Samarahan
74*
Sarawak
Sarikei
85*
Sarawak
Sibu
85*
Sarawak
Sri Aman
64*
Selangor
Banting
178*
Selangor
Kuala Selangor
117*
Selangor
Pelabuhan Kelang
296*
Selangor
Petaling Jaya
198*
Selangor
Shah Alam
157*
Terengganu
Kemaman
249*
Terengganu
Kuala Terengganu
95*
Terengganu
Paka
159*
Wilayah Persekutuan
Batu Muda,Kuala Lumpur
191*
Wilayah Persekutuan
Cheras,Kuala Lumpur
157*
Wilayah Persekutuan
Labuan
82*
Wilayah Persekutuan
Putrajaya
155*


TIPS PENJAGAAN MENGHADAPI JEREBU

  1. Basuh tangan dan muka selepas melakukan aktiviti luar.
    • Bab basuh tangan dan muka ni biasanya orang dewasa biasa buat kan, jadi kali ini ibu bapa kena pastikan anak-anak turut berbuat hal sama sebaik melakukan aktiviti luar. Hal ini terutamanya bagi mereka yang tahap udara di kawasan mereka belum mencapai tahap berbahaya.
  2. Dapatkan nasihat perubatan.
    • Hal ini penting terutamanya bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang menghadapi masalah kesihatan seperti asma, selsema atau demam dan sebagainya. Jangan ambil ringan hal ini kerana kita tidak pasti sejauh mana masalah udara tercemar ini dapat menjejaskan anak-anak kecil kita.
  3. Pastikan dalam rumah sentiasa bersih.
    • Panduan yang ini, memang tanggungjawab mutlak kita di rumahlah ye.Udara di luar rumah dah sah-sah tidak baik untuk kesihatan, jika dalam rumah pun berserabut atau indeks pencemar udaranya lebih buruk, maka anda sebagai ibu bapa, fikir-fikirkanlah.
  4. Mencuci pakaian yang telah terdedah kepada jerebu.
    • Yang ini pula, memang dah rutin harian kita. Memang haruslah kan baju yang kita dah pakai kita basuh, takkan nak simpan dalam almari. Cuma penegasan di sini, pastikan baju tidak disidai di luar rumah, terutama bagi kawasan-kawasan yang sudah diwartakan sebagai berbahaya tahap udaranya.
  5. Kurangkan aktiviti luar.
    • Bagi saya, aktiviti luar rumah ini merupakan faktor paling patut kita elak bila udara sedang tercemar. Sebaiknya hanya keluar rumah, jika urusan itu benar-benar penting atau untuk uruskan keperluan keluarga. Bagi yang bekerja pula, pastikan majikan anda telah menyediakan segala kelengkapan dan langkah-langkah perlindungan untuk anda.
  6. Memakai topeng muka apabila keluar rumah.
    • Panduan ini merupakan asas kepada perlindungan diri setiap kali jerebu melanda negara kita. Walaupun anda tidak mengidap sebarang penyakit berkaitan pernafasan, langkah perlindungan seperti ini sangat perlu diikuti. Lebih baik mencegah daripada mengubati kan?
  7. Jangan merokok.
    • Bab ini bagi saya sangat penting kepada semua individu yang terlibat. Sama ada anda perokok atau ada ahli keluarga keluarga atau rakan anda yang merokok, ingatkan mereka dan diri anda sendiri, mungkin ini waktu terbaik untuk berhenti merokok jika tidak kerana orang yang anda sayangi, fikirkan insan lain yang menyayangi anda!
  8. Banyakkan minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari.
    • Minum air penting kerana apabila kita menyedut udara yang tercemar, tekak akan mudah berasa kering dan ini menyebabkan kita mudah berasa letih dan tidak selesa. Minum air merupakan antara faktor kita dapat menambah oksigen dalam badan.
Sumber:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...