Pengikut Beta...

Assalamualaikum...selamat datang ke blog fiq...semoga anda semua mendapat manfaat serta informasi yang terkini...semuanya benar-benar belaka...terima kasih...

Tuesday 9 July 2013

Inilah Bintang Terbesar di Alam Semesta.



Namanya NML Cygni. Ya itulah nama yang diberikan para saintis sejak ditemui pada tahun 1965. Namun, hanya pada Disember 2012 saiz sebenar saiz sebenar diketahui menjadikan ia bintang terbesar setakat hari ini. Apakah  keistimewaan NML Cygni?

Dalam bahasa mudah, bintang gergasi ini besarnya dua ribu kali ganda berbanding saiz matahari! Cuba anda bayangkan, sejumlah 4.5 billion matahari boleh dimuatkan ke NML Cygni. Hebat bukan?

Memang dasyat saiz NML Cygni. Sehingga kini, bintang terbesar di alam semesta ini memegang takhta buat sementara sehinggalah ditemui bintang gergasi baru mengatasinya.

NML Cygni dengan diameter 2,783,960,000 kilometer telah mengatasi bintang terbesar sebelumnya, iaitu VY Canis Majoris yang 'hanya' berdiameter 2,296,767,000 kilometer.

Saiznya terlalu besar, hingga dikatakan ramai saintis tidak menyangka, wujudnya bintang sebesar itu di alam semesta yang terletak dalam jarak 5,300 tahun cahaya.

Sebenarnya belum banyak yang boleh dikatakan tentang bintang ini yang memiliki berat 30 hingga 40 kali ganda dari matahari. Saiznya sejuta kali ganda dari bumi.

Menurut pemerhatian, bintang ini diliputi oleh dua lapisan optik tebal yang terbentuk daripada debu dan molekul-molekul kecil. Lapisan ini terbentuk hasil daripada kombinasi tiupan angin yang kencang di permukaan bintang ini dan kadar lepasan gas dalaman yang tinggi.

NML Cygni juga kaya dengan komposisi oksigen, selain daripada air, silika, karbon monoksida, hidrogen sulfida, formonitril dan sulfur dioksida.

Saiz matahari ibarat bagai satu titik dalam keluasan NML Cygni.

Walaupon suhu NML Cygni menunjukkan bintang ini dikategorikan sebagai bintang sejuk, ia masih diakui sebagai antara objek paling cerah yang ditemui di alam semesta setakat ini.

Tidak seperti matahari, lokasinya yang unik dalam galaksi 'Milky Way' membuatkan bintang ini tidak mengetuai sebarang sistem planet, walaupun bintang ini diiktiraf sebagai bintang terbesar di alam semesta ketika ini.

Begitu pun, NML Cygni sama sekali tidak boleh dibandingkan dengan kebesaran Allah Yang Maha Esa. Allah yang menciptakan alam semesta ini tiada tolok bandingannya berbanding bintang terbesar tadi.

Untuk makluman anda, setakat ini manusia hanya mampu mengkaji hanya kurang satu peratus dari seluruh isi alam semesta. Ini menjadikan pencarian bintang terbesar adalah sesuatu yang tidak ada titik noktahnya.

Dapat anda rasa betapa kerdilnya manusia di dunia kini? Allahu Akhbar! Mengapa kita masih berkira-kira untuk menjalankan perintah-Nya dan berani melanggar larangan-Nya?

Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan keadaan langit dan bumi serta segala yang ada di antara kedua-duanya; kalau betul kamu orang-orang yang yakin akan hakikat itu, maka terimalah sahaja apa yang diutuskan kepada kamu.

(Surah Ad-Dukhaan: Ayat 7)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...