1. Opium.
Opium sebenarnya dipakai dalam dunia farmasi, namun lebih sering disalahgunakan sebagai bunga penghasil narkotika kerana mempunyai efek halusinogen yang dahsyat.
Cara pengolahan menjadi narkotika iaitu dengan cara menyayat buahnya hingga mengeluarkan getah putih yang melekit. Setelah kering, getah tersebut akan berubah warna menjadi warna perang. Kandungan getah tersebut berisi campuran narkotika alami alkaloid, termasuk morfin dan kodein. Morfin adalah acetylated yang berguna untuk menghasilkan diacetylmorphine (atau lebih dikenali sebagai heroin).
Opium adalah jenis narkotika yang paling berbahaya. Kandungan ini dikonsumsi dengan cara ditelan atau diminum bersama teh, kopi atau dihisap bersama rokok atau sheesha (rokok ala Timur Tengah).
2. Bunga Daphne.
Bunga Daphne juga dikenali dengan nama Lady Laurel atau tanaman syurga. Seluruh bagian dari bunga ini beracun tapi bagian yang paling beracun berpusat pada getah dan buahnya. Daphne mengandungi mezerine dan daphnin, yang merupakan racun yang kuat dan dapat menyebabkan perut manjadi sakit yang parah, sakit kepala, diarhea, dan kegilaan. Jika buah bunga daphne di konsumsi secara berlebihan akan menyebabkan koma bahkan kematian.
3. Lilly Of The Valley.
Lilly of the valley dilihat sangat cantik dan nampak tidak berbahaya tapi jangan tertipu dengan penampilannya. Bunga ini mirip seperti daphne yang sangat beracun.
Walaupun hanya mengkonsumsi satu atau dua takaran dari bunganya yang berbentuk lonceng ini tidak akan berakibatkan fatal, namun apabila dimakan dalam jumlah cukup banyak dapat menyebabkan rasa sakit di mulut, muntah-muntah, keram di seluruh tubuh, dan diare. Racun di bunga ini juga dapat menyebabkan disfungsi jantung dan detak jantung menjadi lemah.
4. Aconitum.
Beberapa spesies Acotinum digunakan sebagai racun pada anak panah. Suku Minaro di Ladakh menggunakan Acotinum napellus untuk memburu kambing hutan jantan. Sedangkan di Jepun, suku Ainus menggunakannya untuk memburu beruang. Orang Cina juga menggunakannya untuk berburu dan perang. Jika tersentuh ujungnya akan mengakibatkan keadaan rasa perih.
5. Atrope Bella Donna.
Dikenali sebagai salah satu tumbuhan paling beracun di West Hemisphere. Belladona mengandung tropane alkoids yang berpotensi untuk membahayakan manusia. Seluruh bahagian tanaman ini berbahaya, tapi bahagian paling berbahaya adalah pada buahnya yang seperti enak dimakan.
Perkara yang akan terjadi dari racun bunga ini adalah pupil mata membesar, penglihatan menjadi kabur, sakit kepala, berhalusinasi dan kegilaan. Atropine adalah racun yang terkandung di dalam bunga ini yang dapat mengganggu sistem saraf dan menyebabkan gangguan pernapasan, sering berkeringat dan melemahkan degupan jantung.
6. Conium.
Bunga beracun ini spesies keluarga Apiaceae dan dapat dijumpai di Eropah dan bahagian selatan Afrika. Salah satu spesiesnya adalah Conium maculatum yang juga disebut sebagai poison hemlock. Bunga ini berasal dari Eropah, Asia Barat dan Afrika utara.
Bunga ini mengandungi banyak alkaloid yang boleh mengakibatkan kematian manusia dan ternakan. Salah satu contohnya adalah coniine yang sangat mirip dengan nikotin, dapat mengganggu cara kerja sistem saraf pusat. Apa yang biasanya akan terjadi dari keracunan conium adalah kelumpuhan otot dan sistem pernafasan sehingga jantung dan otak tidak mendapatkan cukup oksigen.
7. Nerium Oleander.
Oleander dikenal sebagai salah satu tanaman yang paling beracun di dunia, sering digunakan untuk membunuh diri di India Selatan. Berbagai-bagai racun terkandung di seluruh bahagian tanaman ini, seperti Oleandrin dan neriine, yang menyebabkan gangguan sistem saraf, gangguan pencernaan, dan sistem kerja peredaran darah. Parahnya, semua gejala itu akan terjadi secara bersamaan. Korban akan mengalami gejala kehilangan kesadaran, tubuh bergetar, rasa sakit yang amat sangat, koma, hingga kematian. Getahnya dapat menyebabkan iritasi kulit dan kebutaan pada mata.
8. Datura.
Bunga Datura bentuknya sama dengan kecubung, mengandungi alkaloid yang cukup bahaya. Mereka telah digunakan selama ratusan tahun sebagai racun halusinogen. Di beberapa tempat di Eropa dan Inda, Datura digunakan untuk melakukan pembunuhan dan bunuh diri.
9. Angel's Trumpet.
Jangan terkejut dengan namanya yang indah, tanaman ini mengandungi racun yang bahaya bagi manusia mahupun haiwan. Bunga ini dapat memberikan efek halusinogen yang amat kuat kerana mengandung zat tropane alkaloids.
10. Autumn Crocus.
Autumn Crocus merupakan salah satu tumbuhan paling beracun di dunia. Bunga ini mengandung colchicine yang merupakan ubat mematikan yang biasa digunakan untuk perawatan encok. Racun yang terkandung dalam bunga ini sejenis dengan arsenik yang tidak ada penawarnya. Bila keracunan tanaman ini, ia dapat menyebabkan hilangnya tekanan darah dan penyakit jantung.
good info there ^^
ReplyDeletethanks...
Delete