Ikan Gupi (Poecilia reticulata) juga di kenali sebagai (Ikan seribu) merupakan salah satu ikan air tawar yang paling popular dibela sebagai ikan hiasan serta sebagai makanan ikan pemangsa seperti haruan, arowana. Ikan Gupi berasal daripada Brazil, Guyana, Venezuela dan kepulauan Caribbean. Ikan gupi mula-mulanya telah diperkenalkan di negara-negara asia untuk mengawal populasi nyamuk terutamanya nyamuk aedes.
Ikan Gupi yang jantan mempunyai tompok atau belang yang berwarna kuning, jingga, biru, merah, atau hitam (sais antara 2-3cm) tetapi yang betina berwarna kelabu (sais antara2-7cm). Ikan Gupi jika dibela dalam keadaan kualiti air kurang baik berserta jika suhu air tiba-tiba naik atau turun akan mengakibatkan penurunan daya tahanan imunisasi terhadap infeksi bakteria merupakan salah satu punca kematian ikan gupi.
No comments:
Post a Comment