Pengikut Beta...

Assalamualaikum...selamat datang ke blog fiq...semoga anda semua mendapat manfaat serta informasi yang terkini...semuanya benar-benar belaka...terima kasih...

Sunday, 10 February 2013

Ais Kacang Gunung Jerai...


Pada hari Sabtu yang bertarikh 9 Februari 2013, aku bersama keluarga termasuklah anak buahku yang paling ku sayang, Nur Syafiqa Qalesya pergi jalan-jalan makan angin di Pantai Merdeka. Pantainya amat menenangkan jiwa pada sesiapa yang berkunjung ke situ... Angin bayu sepoi-sepoi bahasa sesuai untuk mententeramkan jiwa atau fikiran yang tangah serabut, angin itu menjadi penawar luka buat seketika... Melihat perahu mengulang-alik dari Pantai Merdeka ke Tanjong Dawai untuk membawa penumpang yang mahu menyeberanginya sambil mendongak ke atas melihat Gunung Jerai yang tersergam indah.

Perut pulak terasa lapar, memulas-mulas jadinya...ayah membawa pergi ke kedai makan yang tidak jauh dari tepi pantai, mak aku memesan ais kacang...aku ingat ais kacang yang biasa-biasa saja tetapi ais kacangnya lain dari yang lain...tinggi yang amat sangat... Nak tahu kenapa???Patutlah ais kacang itu terlalu tinggi, nama ais kacang itu ialah Ais Kacang Gunung Jerai...sedap sangat...Harganya berbaloi, hanya RM 5 sahaja...Sape2 yang nk cuba rasa Ais Kacang Gunung Jerai ni, sila la berkunjung ke Pantai Merdeka, Kedah Darul Aman...


Nyum nyum!!!!kalu nak datang ke Pantai Merdeka, Kedah Darul Aman...

alaa t0mei t0mei...


2 comments:

  1. salam . hai blogger cute . saya follow sambil singgah blog awak . follow me back?

    ReplyDelete
    Replies
    1. cute???hahaha...xde la cute pon...btw...thanks ya....

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...