Pengikut Beta...

Assalamualaikum...selamat datang ke blog fiq...semoga anda semua mendapat manfaat serta informasi yang terkini...semuanya benar-benar belaka...terima kasih...

Monday 4 February 2013

Siapakah Pencipta Internet?



Sebenarnya, tiada siapa pun yang boleh dikatakan bertanggungjawab mencipta Internet. Internet sebenarnya dicipta pada tahun 1960-an sebagai satu rangkaian besar yang menghubungkan komputer-komputer di universiti-universiti terbesar dengan komputer milik kerajaan.

Perlu diketahui bahawa sains penciptaan Internet dimulakan semasa Perang Dingin semasa Amerika Syarikat bersaing hebat dengan kerajaan Rusia dalam mencipta pelbagai jenis senjata dan teknologi-teknologi canggih.

Jadi, Internet ini sebenarnya bukanlah satu benda baru. Malah tahukah anda, e-mel yang sudah menjadi budaya hidup kita hari ini sebenarnya telah wujud sejak 1972 lagi.

Ia hanya dipopularkan pada tahun 1989 oleh Tim Bernes-Lee, saintis daripada Geneva setelah memperkenalkan World Wide Web atau yang lebih dikenali dengan www.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...