Pengikut Beta...

Assalamualaikum...selamat datang ke blog fiq...semoga anda semua mendapat manfaat serta informasi yang terkini...semuanya benar-benar belaka...terima kasih...

Friday 1 February 2013

12 Jenis Makanan Kegemaran Rasulullah S.A.W...

Setiap manusia mempunyai makanan kegemaran masing-masing... Begitu juga Rasulullah S.A.W, ada 12 jenis makanan baginda...


1. Barli
Diantara khasiat barli ialah mencegah atau mengurangkan risiko sembelit, mengurangkan kadar kolesterol, mencegah kanser, mengurangkan risiko kencing manis, menyejukkan badan, memelihara buah pinggang, melawaskan kencing serta membantu melancarkan penghadaman.


2. Kurma
Khasiat utama buah kurma ialah buah kurma paling pantas diproses dan diserap, sekaligus memberikan tenaga segera pada badan, kaya dengan serat dan potassium, penguat memori, baik untuk wanita mengandung atau bersalin, sebagai penawar racun, merawat penyakit dan mengubati gangguan usus dan sembelit.


3. Buah Tin
Antara khasiat buah tin termasuklah menyingkirkan keracunan (toksin), mencairkan tekak, mengurangkan batuk yang berpanjangan lantas melapangkan dada. Ia juga berfungsi untuk membersihkan hati (kidney) dan jantung dan membersihkan lendir dalam usus. Buah tin sangat bermanfaat kepada pesakit buasir, dimana ia dapat membantu mengurangkan bengkak pada buasir dan seterusnya mengecutkannya. Buah tin juga membantu melawaskan kencing dan merawat sakit-sakit badan. Selain dari itu buah tin dipercayai dapat menyembuhkan penyakit bengkak telinga dan mempercepatkan pertumbuhan gigi bagi kanak-kanak.



4. Buah Anggur
Manfaat buah anggur ialah:

Asma
Anggur memiliki kekuatan assimilatory yang dapat meningkatkan kadar air dalam paru-paru. Hal ini sangat baik bagi penderita asma karena dapat mengurangi masalah sesak nafas.

Antibakteri
Anggur merah memiliki kandungan antibakterial dan antivirus yang kuat, sehingga dapat melindungi tubuh dari infeksi.

Alzheimer
Penelitian menunjukan bahwa anggur dapat meningkatkan kesehatan otak dan menghindari dari penyakit Alzheimer. Hal ini dikarenakan anggur mengandung resveratol, yakni sebuah polifenol yang mengurangi tingkat amyloidal beta peptides pada penderita Alzheimer.

Kanser payudara
Penelitian juga menunjukkan bahwa jus anggur yang berwarna ungu membantu dalam mencegah kanker payudara yang secara signifikan mengurangi massa tumor pada payudara.


Sembelit
Anggur mengandung asam organik, gula, selulosa yang dikenal sebagai pencahar. Manfaat inisangat baik untuk mengatasi keluhan sembelit atau susah buang air besar.

Kelelahan
Jus anggur mengandung energi instan. Jus anggur yang kaya akan zat besi dapat mengurangi kelelahan diimbangi dengan istirahat yang cukup.

Penyakit jantung
Tingkat oksida nitrat dalam darah akan meningkat ketika Anda mengonsumsi buah anggur, yang bermanfaat untuk mencegah pembekuan dan mengurangi risiko penyakit jantung. Antioksidannya juga dapat menghentikan oksidasi kolesterol LDL yang menghambat pembuluh darah.

Pencernaan
Bila Anda menderita gangguan pencernaan, ada baiknya Anda mengonsumsi anggur. Anggur juga baik untuk mengatasi masalah perut lainnya.

Migrain
Minum jus anggur murni tanpa campuran air di setiap pagi dapat menyembuhkan penyakit migrain atau sakit kepala sebelah.

Gangguan ginjal
Anggur dapat membantu menyingkirkan asam pada ginjal. Hal ini berarti mengurangi gangguan pada tekanan ginjal.


5. Madu
Fungsi Madu Dan Peranannya:
~Meningkatkan kadar serapan kalsium dalam badan
~Dapat meningkatkan hemoglobin dan dapat mencegah dari serangan anemia.
~Bila dicampurkan sedikit cuka ia dapat merawat arthirik sendi
~Kegunaan madu secara luaran juga dapat mempercepatkan lagi proses penyembuhan.
~Dapat meningkatkan pengeluaran gastrointestinal untuk merawat ulcer.
~Sumber laxative yang natural dan lembut
~Sumber utama vitamin dan mineral yang kaya.
~Sumber tenaga yang hebat dan semulajadi tidak seperti gula pasir yang memudaratkan.


6. Buah Tembikai
Ketika hari panas,makanlah tembikai.Kadar kalori dalam tembikai sangat rendah. Kandungan lain dalam buah tembikai ialah kalsium, karbohidrat, lemak, zat besi, magnesium, fosforus, potasium, protein, sodium dan gula. Kandungan potasium dalam tembikai membantu masalah tekanan darah dan mengurangkan risiko serangan batu karang. Ada juga kajian yang menunjukkan bahawa tembikai boleh menguatkan sistem imunisasi tubuh dan sekaligus dapat memerangi sebarang jangkitan penyakit. Mengamalkan tembikai juga dipercayai dapat meredakan simptom osteoartris. Ia juga kaya bahan anti oksidan yang dapat mengelakkan serangan kanser dan penyakit jantung. Makan tembikai dapat mengatasi masalah penglihatan tidak jelas pada waktu malam.


7. Susu
Kebaikan susu ialah:
  • Mengelakkan osteoporosis + hipertensi + kanser kolon. Kita tidak akan mendapat vitamin tambahan + kalsium tanpa meminum susu.
  • Meminum susu juga boleh melindungi kita dari kerosakan gigi + masalah kaviti. Kita harus memberi jaminan kepada anak2 tentang kerosakan gigi dengan menawarkan mereka segelas susu coklat. Tidak ada rekod kerosakan gigi kerana minum susu dengan perisa coklat.
  • Lemak susu tidak memberi apa2 kesan kepada kegemukan sebaliknya terbukti bahawa mereka yang kerap minum susu menjadikan badan lebih langsing daripada mereka yang tidak mengambilnya. Susu memberikan kita banyak vitamin dan mineral untuk memastikan sentiasa sihat dan cergas.
  • Susu adalah anti-asid yang sangat baik. Minum segelas susu apabila mengalami pedih ulu hati boleh menenangkan paip makanan dari keradangan. Minum susu tetap akan mencegah ulser perut dan masalah perut yang lain.
  • Minum banyak susu dapat menghasilkan kekuatan pada tulang + gigi + kuku + rambut, kerana ia sarat dengan kalsium yang membantu badan menjadi kuat dan fleksibel.
  • Susu boleh menjadi pembuka baik perut terutama jika lewat makan. Meminum susu juga boleh bertindak sebagai perangsang yang awal.
  • Meminum segelas susu panas sebelum tidur dapat menenangkan saraf dan melonggarkan otot2 tegang supaya dapat memberi tidur yang lebih cepat. Cara ini dapat membantu selepas seharian penat bekerja.
  • Minum susu boleh menyejukkan badan dan mengekalkan tahap air atau cecair dalam badan kita. Penggunaan susu selepas latihan berat badan boleh mengisi sistem dengan cecair badan yang hilang semasa senaman.
  • Secara drastik susu juga dapat mengurangkan gejala PMS (Pre-Menstrual Syndrome) kerana ia merupakan pelega atau penenang tekanan yang hebat dan juga meningkatkan tahap tenaga dalam kita.
  • Susu penuh dengan nutrien. Badan kita memerlukan nutiren untuk beroperasi dengan betul. Ia mengandungi vitamin (untuk sel-sel darah merah) + kalsium (untuk tulang yang kuat) + karbohidrat (tenaga) + magnesium (untuk lentur otot) + fosforus (untuk mengambil kesempatan tenaga) + kalium (baik untuk sistem saraf) + protein (untuk proses pertumbuhan dan penyembuhan) + riboflavin (untuk kulit sihat dan berseri) + zink (untuk meningkatkan sistem imun).


8. Cendawan
Kebaikan cendawan ialah:
~ Mengawal atur darah - anti throbotik, merendahkan tekanan darah, kandungan glukosa dan lipid.
~ Meningkatkan sistem imun untuk melawan jangkitan virus dan bakteria.
~ Merencatkan pertumbuhan tumor.
~ Antioksidan dan aktiviti pelindung gen.


9. Minyak Zaitun
Keistimewaan minyak zaitun ialah:
  • Membantu memberi kesuburan kulit wajah.
  • Membantu mencegah keracunan.
  • Membantu sistem penghadaman.
  • Membantu menyingkir parasit pada usus.
  • Membantu menyihatkan rambut dan menghilangkan kelemumur.
  • Dengan campuran sedikit garam, boleh menjadi ubat mujarab bagi penyakit gigi dan gusi.
  • Mengandungi bahan anti penuaan.
  • Membantu menguatkan tenaga batin.
  • Membantu mengatasi kesan melecur dan parut.
  • Sebagai bahan urutan yang membantu menguatkan organ, sendi dan otot serta melegakan sakit.
  • Membantu melegakan athritis dan sciatica.
  • Membantu menjauhkan kanser usus dan pelbagai kanser lain.
  • Mengurangkan pengambilan lemak dalam diet harian.
  • Membantu menghindari penyakit kardiovaskular dan arteriosclerosis(pengerasan saluran arteri).
  • Membantu mengelakkan pembentukan batu hempedu (gallstone),melalui penghasilan air hempedu yang banyak.
  • Membantu sistem penghadaman dan mengurangkan ulser perut.
  • Sebagai Antioksidan dan antikanser semulajadi.
  • Membantu keseimbangan metabolisme tubuh, pertumbuhan tulang dan tubuh yang baik (khasnya bagi kanak-kanak).
  • Membekalkan vitamin E.
  • Membantu mengekalkan kecantikan (kulit dan rambut).
  • Membantu menstabilan asid lemak.
  • Membekalkan pelbagai vitamin untuk antipenuaan, tidak kurang daripada 24 jenis polyphenols(antioksidan).
  • Sebagai kegunaan masaj terapi.
  • Membekalkan omega 3, 6 dan 9 pada tubuh badan.
  • Mengubati penyakit resdung.
  • Mampu menghindari risiko kolon kanser,breast kanser.
  • Mengurangkan frekuensi hot flashes bagi wanita pre menopause.
  • Bertindak sebagai natural painkiller.
  • Sebagai ubat sakit telinga.
  • Mengubati demam panas dengan berkesan tanpa mengambil antibiotik.
  • Bertindak sebagai kolagen asli semulajadi yang bersumberkan tumbuh-tumbuhan.
  • Membantu memecahkan batu karang.
  • Memelihara organ hati dengan dengan baik dari radang dan serangan penyakit hepar.
  • Membantu merawat penyakit eczema, radang kulit (psiorisis).
  • Merawat penyakit kencing tak lawas( tak tus).
  • Merawat penyakit gula dalam darah yang tinggi (diabetes).
  • Merawat penyakit kolesterol dalam darah seperti darah tinggi dan jantung.
  • Sebagai rawatan penyakit ulser dalam mulut.
  • Rawatan bagi penyakit sendi dan tulang.
  • Rawatan bagi penyakit asthma, bronkiolitis.
  • Rawatan bagi penyakit angin ahmar/stroke.
  • Rawatan penyakit kusta/sopak.
  • Bertindak sebagai anti viral, anti bacterial, anti fungal.
  • Bertindak menghasilkan hormon pancreatic diorgan pankreas dengan optimum.
  • Sangat baik dari segi kognitif iaitu memberi kekuatan ingatan dan pertuturan yang lancar.
  • Mampu memberhentikan pendarahan yang kronik.
  • Mampu mengurangkan berat badan dengan mengurangkan nafsu/selera makan.
  • Meningkatkan kadar metabolisme ke paras yang optimum bagi membentuk tubuh badan yang sihat.
  • Bertindak memperbaharui sel-sel mati.
  • Bertindak sebagai penapis ultra violet pada kulit serta melembutkan dan melembapkan kulit dari kekeringan.
  • Mampu mengelakkan penyakit kanser kulit.
  • Membantu meninggikan tahap sistem immunisasi badan.
  • Mengurangkan rasa kelesuan/keletihan, memberi kekuatan tenaga.
  • Mampu mengurangkan simptom post menopause.


10. Buah Delima
Antara khasiat buat delima mengikut buku perubatan Parsi termasuk:
  • Membaikpulih fungsi hati dan limpa
  • Mencuci buah pinggang dan salur kencing
  • Membantu penghadaman
  • Membuang lemak-lemak berlebihan
  • Menambah tenaga
  • Mengelakkan alahan bagi wanita mengandung
  • Mengubahsuai hormon bagi wanita menopause
  • Membaiki sistem pembersihan dan pengaliran darah
  • Merawat @ membaikpulih pesakit kencing manis
  • Menambahkan tenaga dan mengelak dari penyakit lemah tenaga batin
  • Mencantikan kulit
Dari kajian perubatan moden Jus Delima mempunyai khasiat-khasiat lain seperti:
  • Mengurangkan pengumpulan lemak di dinding pembuluh darah, mengelakkan dari salur darah tersumbat dan mengeras yang menjadi punca penyakit jantung
  • Mengurangkan tekanan darah sebanyak 5% di kalangan pesakit tekanan darah tinggi jika mengambil Jus Delima sebanyak 50cc setiap hari selama 2 minggu
  • Menghalang pembentukan sel barah payu dara Di Jepun terdapat laporan yang menggalakkan pengambilan Jus Delima dalam membantu mengubati penyakit jantung, tekanan darah tinggi, menambah tenaga, untuk kecantikan kulit dan banyak lagi khasiat lain .


11. Cuka
Khasiat Khal Menurut Perubatan Islam:
Menerusi kitab Al-Qanun Fi Al-Tib (Ibnu Sina) & Al-Tib Al-Nabawi (Ibnu Qaiyyim), cuka :
  • dapat mencegah berlakunya pembengkakan pd badan spt bisul & kanser.
  • membuang darah kotor & melancar aliran darah.
  • mangatasi proses pencernaan makanan dlm perut.
  • melancarkan pergerakan usus.
  • merawat masalah kerongkong, kahak & batuk yang berpanjangan.
  • memelihara kulit dari kesan kepanasan matahari.
  • menurunkan tahap kolesterol.
  • mengimbang tahap asid-alkali dlm badan & mengeluarkan lebihan garam.
  • membakar kalori dgn cepati.
  • membuang toksin.
  • merawat masalah rahim, menguatkan gigi, deria mata & telinga.
  • penyerapan kalsium lebih sempurna – menguatkan tulang.
  • mengubati masalah gastrik akibat asid berlebihan dlm perut.
  • merawat masalah hempedu (membersih hempedu dr lemak yg membentuk batu).
  • mencegah berlakunya keracunan akibat penggunaan ubat-ubatan an yg pelbagai.
  • melancarkan pengeluaran susu ibu.
  • melancarkan perjalanan darah yg berketul dlm perut (masalah gangguan haid).
  • memperbaiki fungsi limpa.
  • menghilang masalah dahaga & mengurangkan panas badan.
Antara yang utama, cuka dapat membantu membuangkan kolesterol dan lemak di dalam badan terutamanya pada sistem usus di perut, lemak di saluran jantung, lemak di buah pinggang, membaiki fungsi buah pinggang, dan lemak berlebihan yang boleh membawa pelbagai penyakit dengan cara memulihkan sel-sel organ badan.



12. Air
Antara kelebihan dan kbaikan air ialah:
  • Menguruskan badan.
    • Khabar gembira buat para wanita yang tengah berdiet. Air putih tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu mengurangkan berat badan kita.
  • Meningkatkan kesuburan.
    • Air putih dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa.
  • Melancarkan sistem pencernaan.
    • Minum air putih dalam kuantiti lapan gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien.
  • Melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser.
    • Air putih bukan saja melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.
  • Perawatan kecantikan.
    • Kekurangan pengambilan air putih menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap air, sekaligus mengakibatkan kulit kering dan berkerut.
  • Tubuh lebih segar dan sihat.
    • Khasiat air putih bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.
  • Menyihatkan jantung.
    • Air putih juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung. Bahkan pada saat ini juga sudah banyak perubatan altenatif yang memanfaatkan penggunaan air putih.
  • Ubat kepada penyakit strok.
    • Air putih tidak hanya digunakan untuk mengubati berbagai penyakit kulit, namun sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.

"Hati yang bersih dapat melahirkan pemikiran yang waras. Maka, ‘suapkanlah’ ia dengan makanan dari sumber yang halal dan berkhasiat."
Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh makan sembarangan. Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah S.A.W. tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. InsyaAllah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.


Jangan makan SUSU + DAGING
Jangan makan DAGING + IKAN
Jangan makan IKAN + SUSU
Jangan makan AYAM + SUSU
Jangan makan IKAN + TELUR
Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
Jangan makan SUSU + CUKA
Jangan makan BUAH + SUSU C0NT0H: KOKTEL

Cara Makan :

» Jangan makan buah setelah habis makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, barulah makan nasi.

» Tidur 1 jam setelah makan tengah hari.

» Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yang tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolestrol dalam badan akan berganda.

» Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya…cubalah try yer… Pengaruhnya tidak dalam jangka pendek, akan berpengaruh bila kita sudah tua nanti. Kerana ia juga terbukti dalam kajian.

Nabi S.A.W. pernah mencegah kita daripada memakan ikan bersama susu kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahawa dalam daging ayam mengandung ion + sedangkan dalam ikan mengandung ion -.

Jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita. Al-Quran juga mengajar kita menjaga kesihatan seperti membuat amalan antara lain:

» Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

» Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk(bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

» Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur(iaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut.

» Nabi S.A.W. juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan)



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...