Pengikut Beta...

Assalamualaikum...selamat datang ke blog fiq...semoga anda semua mendapat manfaat serta informasi yang terkini...semuanya benar-benar belaka...terima kasih...

Sunday 3 February 2013

Asal Usul dan Khasiat Acai Berry...


Asal usul Acai Berry
Acai Berry adalah sejenis buah yang berasal dari pokok yang diklasifikasikan sebagai pokok palma. Dalam bahasa saintifik buah ini dikenal sebagai Euterpe Oleracea dan banyak terdapat dikawasan paya dan dataran banjir di Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Buah yang berbentuk bulat dengan ukur lilit sekitar 25mm ini mempunyai warna ungu kehitaman dan mempunyai biji yang besar didalamnya. Buah ini merupakan makanan tradisi buat orang asli di sekitar Amerika Selatan khususnya Amazon dan telah ditanam lebih dari beratus-ratus tahun berikutan khasiatnya yang cukup tinggi.

Khasiat Acai Berry
Acai Berry merupakan buah yang mempunyai tahap antioksidan yang cukup tinggi jika dibandingkan dengan buah-buah lain seperti Anggur, Blueberry dan Blackberry . Malah adalah tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa buah ini merupakan antara buah yang memiliki kadar antioksidan yang tertinggi didunia sehingga mampu melawan sel kanser. 


Maka tidak hairanlah penemuan ini menjadikan Acai Berry semakin popular dalam industri perubatan diseluruh dunia kerana antioksidan sangat berguna dalam menurunkan paras toksin dalam badan yang secara tidak langsung dapat melancarkan peredaran darah dan sistem tubuh. Produk Acai Berry kini boleh didapati dalam perlbagai bentuk dan mula dipasarkan sebagai makanan tambahan atau supplement dan turut diperakui sangat berkesan dalam menurunkan berat badan. 

Kandungan serat Omega-3, Omega-6 dan Omega-9 yang terkandung dalam buah ini juga adalah sangat berguna dalam mengurangkan paras kolestrol tidak baik dan meningkatkan paras kolestrol baik yang diperlukan untuk darah. Selain itu, kandungan garam dan mineralnya juga adalah sangat baik untuk kesihatan badan. Rasa buah Acai Berry adalah seakan-akan rasa coklat namun ia tidak mempunyai kandungan gula yang tinggi dan tidak membahayakan pesakit kencing manis.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...