Pengikut Beta...

Assalamualaikum...selamat datang ke blog fiq...semoga anda semua mendapat manfaat serta informasi yang terkini...semuanya benar-benar belaka...terima kasih...

Saturday, 9 February 2013

Kelebihan Surah Ruqyah bagi Mengesan Dan Mengusir Jin...


Banyak kita dengar cerita-cerita tentang Jin dan sihir. Dalam masyarakat melayu, jin ni lebih dikenali sebagai makhluk halus iaitu makhluk yang tidak dapat dilihat. Perkataan Jin berasal daripada perkataan arab iaitu Jiniy dan Genie dlm bahasa inggeris yang membawa maksud yang tersembunyi / yang tertutup, dlm Islam memaksudkan jin ini makhluk yang berakal, berkehendak, sedar, mempunyai kewajipan, berjasad halus dan hidup dibumi.

Dalam sebuah hadith dari Abu Tha'labah yang bermaksud: "Jin itu ada tiga jenis iaitu : Jenis yang mempunyai sayap dan terbang di udara, Jenis ular dan jengking dan Jenis yang menetap dan berpindah-pindah." Sihir pula tergolong dalam kejahatan yang tercatat di dalam Al Quran, Wujudnya sihir di dunia ini adalah sebagai ujian dan cubaan walaupon sihir ini tidak diredhai oleh Allah SWT dan dilarang untuk melakukannya.OK maksud ringkasnya ialah, "Suatu perbuatan yang dilakukan dengan syarat-syarat yang tertentu, dibawah keadaan dan persiapan-persiapan yang aneh dengan cara-cara yang misteri. "

Cara untuk mengesan dan atasi gangguan-gangguan ini antaranya ialah menggunakan Ayat Ruqyah. Ayat RUkyah ni ialah gabungan dari ayat-ayat Al Quran yang boleh digunakan untuk mengesan jin dalam badan atau di rumah kita. Maksud ruqyah adalah al-‘udzah (sebuah perlindungan) yang digunakan untuk melindungi orang yang terkena penyakit, seperti panas disebabkan sengatan binatang, dan mcm2 lagi”.

Keistimewaan Ayat Ini

Simptom yang akan didapati selepas mendengar:
  1. Denyutan jantung makin kencang.
  2. Badan bergegar.
  3. Ada benda bergerak-gerak bawah kulit.
  4. Mengantuk / menguap.
  5. Batuk.
  6. Gelisah.
  7. Panas di leher.

Selepas mendengar ayat ini, insyaalah dapat menghalau jin yang berada dalam tubuh kita. Penjelasannya adalah mudah, jin yang berada dalam tubuh kita akan bergerak melalui salruran darah kita, ayat-ayat ruqyah syariah ini pula amat mustajab dalam menyakiti mereka, lalu mereka akan kucar-kacir dalam darah kita lalu menyebabkan degupan jantung kita bertambah kencang. Bagi pesakit-pesakit sihir pula, jin dalam badan akan membuatkan kita mengantuk apabila mendengar mp3 ruqyah syariah ini. Dan bagi kes saka, kita akan terasa panas ditengkuk. 


Dengan mendegar mp3 ini, insyaAllah mampu menyembhkan penyakit – penyakit misteri antaranya:
  1. Fikiran runsing / jiwa gelisah.
  2. Menyembuhkan penyakit histeria,sihir dan saka.
  3. Mengusir jin didalam badan,rumah dan premis perniagaan.
  4. Ketengangan dalam rumahtangga.
  5. Menyembuhkan anak-anak yang menangis malam.
  6. Penambat kasih sayang antara anak dan ibubapa.
  7. Anak-anak mudah mendengar kata orang tua.
  8. Menguatkan hafalan dan pembelajaran.
  9. Membuatkan minda lebih positif dan fokus terhadap kerja dan pembelajaran.
  10. Membersihkan aura diri dan menyahkan energy-energy negatif dari badan.

Cara Menggunakan Mp3 Ini:

RUQYAH MP3 ini amat bagus diperdengarkan 3 kali sehari bagi mereka yang mengalami pelbagai penyakit gangguan jin, kerana fadhilat ayat-ayat tersebut amat mustajab bagi mengusir jin-jin jahat / sihir serta memagar diri kita. Selain itu pesakit juga kena baca banyak-banyak dalam hati tidak kira masa dan tempat zikir ‘THO HA’ (surah Taha ayat 1). Kesannya semasa membaca zikir itu adalah perut akan terasa mual dan seterusnya sendawa…Ini petanda segala jin-jin dalam tubuh kita beransur-ansur keluar…InsyaAllah..

Cara Khusus Untuk Tujuan Tertentu:
  1. Bagi kesihatan diri dan keluarga,pasangkan cd/mp3 ini didalam rumah / premis perniagaan 3 kali sehari atau pasangkan dari malam sampai pagi (auto repeat).
  2. Bagi pesakit gangguan jin, dilarang memasangnya didalam kereta, kesannya akan mengakibatkan kita mengantuk dan mengganggu pemanduan.
  3. Bagi anak-anak yang menangis pada waktu malam, anda perlu pasangkan dengan kuat, In Shaa Allah jin / syaitan akan lari dari mengganggu anak-anak anda.
  4. Untuk merawat histeria, sihir, saka dan lambat jodoh, sediakan 3 botol besar air mineral, buka penutupnya dan pasangkan cd / mp3 ruqyah ini 3 round sebelah air tadi (kira-kira 1jam 20 minit). Air tadi dibuat minum seteguk untuk 3x sehari dan lakukan hari berikutnya sehingga air tadi habis. Tiap-tiap lepas solat perlu baca qursy 3x dan al insyirah 3x secara istiqomah. Kemudian sebelah malamnya pula, cd/mp3 ruqyah ini hendaklah dipasang dari malam sampai pagi selama sebulan.
  5. Bagi memulihkan rumah / premis perniagaan yang bermasalah, cuma pasangkan 3x sehari untuk 3hari berturut-turut.
  6. Jika kita sering mengalami masalah malas dan badan terasa berat, perdengarkan cd / mp3 ruqyah ini 3x sehari, In Shaa Allah kita akan cergas dan kembali bersemangat.




5 comments:

  1. moga2 kita dijauhkan dari terkena ilmu sihir atau benda2 makhluk halus ni. aminn

    ReplyDelete
  2. thanks for sharing. :) saya dengar surah tu dan rasa mual dengan sendawa. :D yupss.. banyak membantu. thanks for the info

    ReplyDelete
  3. harap dapat membantu sya..amin..

    ReplyDelete
  4. Aku dengar ayat ruqyah hari tu, mmg bergerak dari tapak kaki smpai lutut, bangun dari tidur terus sakit kaki aku, rasa cam terjatuh sakit kaki aku tu kt bahagian peha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...